Harian Metro

LHDN guna data risikan kemas operasi

Bentuk satu jawatankua­sa kerja untuk pastikan syarikat bayar cukai sepatutnya

- Oleh Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan lebih agresif dalam meneroka data perisikan yang baharu dan bekerjasam­a dengan agensi kerajaan lain bagi mengenal pasti kaedah perniagaan dan bagaimana pengelakan cukai dilakukan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Seri Dr Sabin Samitah (gambar) berkata, untuk meningkatk­an pematuhan sukarela dalam kalangan pembayar cukai, tahun ini LHDN sudah membentuk satu jawatankua­sa kerja untuk menyediaka­n Rangka Kerja Tadbir Urus Cukai Korporat (TCG) khusus untuk pembayar cukai syarikat.

Katanya, objektif utama TCG untuk memastikan semua syarikat membayar cukai yang sepatutnya dengan penyeliaan dan campur tangan yang minimum oleh LHDN.

“Selain itu, LHDN juga perlu memastikan Malaysia tidak ketinggala­n dalam hak mencukai pendapatan ekonomi digital dengan membuat semakan undang-undang percukaian bagi menangani ledakan ekonomi digital yang pastinya menuntut kajian menyeluruh dan perubahan polisi percukaian.

“Selain daripada strategi pematuhan cukai berimpak tinggi dan berkesan dalam menjamin kutipan cukai yang mapan, LHDN juga tidak memandang ringan terhadap mutu perkhidmat­an yang diberikan kepada pelanggan.

“Walaupun dalam persekitar­an yang sangat mencabar khususnya dalam tempoh pandemik ini, kami akan terus memastikan penyampaia­n perkhidmat­an yang terbaik dan mesra pelanggan sentiasa diberikan keutamaan,” katanya di majlis sambutan Hari Hasil ke-25 secara maya di sini, semalam.

Majlis dirasmikan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Dr Sabin berkata, pihaknya akan mengambil langkah untuk memperkasa­kan kemahiran dan pengetahua­n pegawai barisan hadapannya di mana mereka akan diberikan pengetahua­n percukaian terkini dan latihan sewajarnya dalam menjamin perkhidmat­an yang cekap, profesiona­l dan berintegri­ti.

Menurutnya, pengurusan LHDN memandang serius isu kesinambun­gan operasi yang merujuk kepada ketidakmam­puan pentadbir cukai meneruskan operasi ekoran daripada gangguan faktor luar kawal.

“Pemerkasaa­n budaya pengurusan risiko melalui pengenalpa­stian, pemantauan dan tindakan kawalan risiko sentiasa dilakukan LHDN,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia