Harian Metro

Timbalan Menteri nafi tuduhan ke luar negara ketika PKP

-

Kuala Lumpur:

Timbalan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Dr Santhara Kumar menafikan ke luar negara selepas pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan akan membuat laporan polis berhubung tuduhan palsu itu yang dianggap berniat jahat serta mengeliruk­an rakyat.

Menerusi satu kenyataan media semalam, Santhara memaklumka­n tindakan itu dibuat hasil perbincang­an dengan peguamnya sebaik pulang ke negara selepas mendapati ada media tidak bertanggun­gjawab melaporkan­nya.

Sebaliknya, Santhara memaklumka­n ke luar negara sebelum PKP diumumkan semula dan menafikan dirinya berulang alik ke Malaysia dan pulang untuk menghadiri sambutan Hari Wilayah seperti yang dinyatakan Ahli Parlimen Batu P Prabakaran menerusi hantaran di Facebook (Fb).

Menurut Santhara, sebelum ke luar negara, beliau sudah memohon cuti selama 55 hari bekerja kepada Menteri Wilayah Persekutua­n Tan Sri Annuar Musa bagi mendapatka­n kelulusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui surat rujukan pada 3 Disember sebelum diluluskan pada 18 Disember.

Katanya, beliau juga mematuhi prosedur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) supaya memohon kebenaran untuk keluar negara (MyTravelPa­ss) secara dalam talian pada 30 Oktober sebelum menerima kelulusan pada 2 November lalu.

“Saya ke luar negara pada 23 Disember selepas menghadiri mesyuarat dan menjalani kuarantin di New Zealand bermula 24 Disember hingga 9 Januari lalu.

“Tujuan saya keluar negara adalah bagi melawat anak-anak saya di New Zealand, khususnya yang sedang melanjutka­n pelajaran dalam bidang undang-undang.

“Di samping itu, saya juga perlu melawat isteri yang mengalami masalah kesihatan namun saya tidak dapat hadir ke satu upacara keagamaan membabitka­n anak kerana sibuk dengan tugas sebagai Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen,” katanya.

Menurut Santhara, sebagai Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen, beliau sentiasa menjunjung tinggi setiap arahan dan peraturan bagi pelantikan­nya dan sudah mengikuti semua proses dan prosedur yang ditetapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia