Harian Metro

“Deritaku tak tertanggun­g”

Remaja 13 tahun hidap kanser mata rayu kepada ibu enggan teruskan kemoterapi

- Oleh Syaherah Mustafa am@hmeto.com.my

“Ibu, saya sakit, cukup-cukuplah bagi saya jalani kemoterapi. Biar saya bertahan begini sahaja,” kata Ahmad Saifullah Zamani, 13, remaja lelaki yang menghidap kanser mata tahap empat kepada ibunya, Samsiah Abd Ghani, 49, menyebabka­n wanita berkenaan buntu.

Samsiah berkata, keadaan anak bongsu daripada empat beradik itu semakin teruk sejak kebelakang­an ini dan dia turut enggan menjalani kemoterapi atas alasan terlalu sakit.

Menurutnya, Ahmad Saifullah mengadu tidak sanggup menanggung rasa mual, tekak kering selain kencing berdarah susulan rawatan berkenaan menyebabka­n dia terpaksa memujuknya untuk bertahan bagi menjalani tiga lagi kemoterapi, tambahan pula mata sebelah kiri anaknya semakin membesar sejak awal Januari lalu.

“Namun, saya sedar kesakitan terbabit hanya sementara demi memastikan sel kanser tidak terus merebak, tetapi apakan daya sangaranny­a ‘mengalah’ dengan rayuan dan tangisan anak, bersungguh-sungguh menolak untuk menjalani baki kemoterapi di Hospital Universiti Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu.

“Malah, doktor turut datang ke rumah menghantar ubat selain memujuk Ahya mad Saifullah supaya meneruskan rawatan kerana bimbang keadaannya yang semakin teruk sehingga kini mengganggu sistem pendeSains “Bengkak di mata kirinya semakin membesar sejak Januri lalu, malah sebahagian mukanya terjejas, selain menyebabka­n dia tidak mampu berjalan dengan stabil dan perlu sokongan atau hanya menaiki kerusi roda,” katanya.

Samsiah berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pengerusi Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK) Pui Tiong Lam yang turut menghulurk­an sumbangan keperluan asas di rumahnya di Kampung Repek di sini, semalam.

Menurutnya, anaknya turut menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi digunakan untuk menyediaka­n susu khas.

Katanya, Ahmad Saifullah menjalani 19 kali kemoterapi selepas menghidap kanser mata seawal usia enam tahun.

“Bagi rawatan terbaru, dia sepatutnya menjalani enam kali kimoterapi, namun masih tinggal tiga kali rawatan yang tidak dilakukan kerana rasa takut dan sakit kesan daripada proses berkenaan.

“Saya sedar sakit anak saya hanya mampu dirawat jika dia bertahan menjalani kimoterapi namun saya dan suami, Zamani Abdullah, 45, buntu memikirkan cara memujuknya,” katanya yang mengharapk­an bantuan katil khas buat anaknya itu.

Mereka yang ingin menghulurk­an bantuan boleh menyalurka­n melalui akaun Maybank 1623026487­54 atas nama Zamani Abdullah.

‘ Apakan daya saya ‘mengalah’ dengan rayuan dan tangisan anak”

Samsiah

 ??  ?? SAMSIAH dan Zamani bersama Ahmad Saifullah yang menghidap kanser mata tahap empat di rumah mereka di Kampung Repek, Pasir Mas, semalam.
SAMSIAH dan Zamani bersama Ahmad Saifullah yang menghidap kanser mata tahap empat di rumah mereka di Kampung Repek, Pasir Mas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia