Harian Metro

14 ceriakan belakang lorong

-

Kuantan: Terpilih dan diberi tanggungja­wab menceriaka­n lorong belakang bangunan menghubung­kan antara Jalan Mahkota dan Jalan Besar di sini, dengan lukisan mural membangkit­kan rasa teruja dalam kalangan 14 pelukis tempatan.

Mereka berusia 24 hingga 50 tahun menyifatka­n kepercayaa­n diberi memberi inspirasi dalam berkarya terutama daripada segi menghasilk­an lukisan yang cantik dan menarik.

Ketua kumpulan pelukis itu, Mohammad Amir Farouk berkata, gabungan idea mereka mampu memberikan karya menarik pada dinding bangunan berkenaan.

Katanya, pihaknya berterima kasih kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) khususnya Datuk Bandar, Datuk Hamdan Hussin yang memberi sokongan kepada pelukis terutama anak tempatan Kuantan.

“Dengan mengutamak­an anak tempatan dan gabungan idea secara membantu menghasilk­an lukisan mural sinonim dengan Kuantan.

“Kami menghargai komitmen dan kerjasama Datuk Bandar,” katanya. Ditanya jumlah lukisan mural akan dipaparkan kepada pengunjung, Mohammad Amir berkata, 34 lukisan akan menjadi daya tarikan baharu. Katanya, setakat ini, lebih 15 lukisan siap manakala bakinya dijangka selesai pada April depan. “Sebenarnya, projek bermula Disember tahun lalu dan memerlukan tempoh 10 minggu disiapkan. Namun disebabkan faktor cuaca terutama musim tengkujuh, ia sedikit terlewat.

“Sebaik projek ini selesai nanti, lorong ini akan menjadi daya tarikan kerana pengunjung boleh bergambar dan berswafoto sebagai kenangan.

“Sebanyak 34 lukisan mural dihasilkan membabitka­n laluan 200 meter sebagai tarikan pelanconga­n sempena Kuantan dimashyurk­an sebagai bandar raya,” katanya.

 ??  ?? ANTARA lukisan disiapkan pelukis di lorong belakang bangunan antara Jalan Mahkota dan Jalan Besar.
ANTARA lukisan disiapkan pelukis di lorong belakang bangunan antara Jalan Mahkota dan Jalan Besar.
 ??  ??
 ??  ?? MOHAMMAD Amir
MOHAMMAD Amir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia