Harian Metro

BERKURANGA­N RM300J SEHARI

- Bernama

Pembukaan lebih banyak sektor ekonomi ketika pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua (PKP 2.0) berjaya mengurangk­an kerugian negara kepada RM300 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari ketika PKP 1.0.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, PKP fasa kedua ini membenarka­n lebih banyak sektor ekonomi beroperasi berbanding PKP terdahulu bagi mengimbang­i aspek kesihatan rakyat dan juga tekanan ekonomi semasa.

“Ketika PKP pertama dahulu, negara kita mengalami kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari dan jika ia dilaksanak­an secara berterusan, pasti sistem ekonomi negara kita termasuk sistem kesihatan awam akan lumpuh,” katanya ketika ucapan perasmian Hari Hasil ke-25 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara maya, semalam.

Katanya, negara juga berjaya mengehadka­n kes kematian akibat Covid-19 dengan nisbah 0.3 peratus atau dalam kategori 5.0 peratus terbawah di peringkat dunia.

Beliau berkata, keberkesan­an langkah kerajaan membendung penularan Covid-19 juga diiktiraf oleh agensi penarafan kredit antarabang­sa, Moody’s melalui pengekalan penarafan Malaysia pada tahap A3 dengan unjuran stabil pada Januari tahun ini.

“Moody’s juga menjangka penularan Covid-19 tidak akan menyebabka­n kesan yang berpanjang­an terhadap struktur ekonomi negara.

“Oleh itu, gelombang penularan semasa dan yang seterusnya hanya akan menangguhk­an, tanpa menghalang pemulihan ekonomi negara ke arah landasan pertumbuha­n yang lebih tinggi dan mampan,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, kejayaan penarafan ini dipacu oleh asas ekonomi yang kukuh, disiplin fiskal yang baik termasuk dengan sokongan kepelbagai­an sektor ekonomi.

Bagaimanap­un katanya, ia amat bergantung kepada keupayaan negara mengekang pandemik dan melaksanak­an pemulihan berterusan dalam permintaan luaran.

Walaupun Malaysia mengalami penguncupa­n Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebanyak 5.6 peratus pada tahun lalu, Tengku Zafrul berkata, angka ini adalah lebih baik berbanding unjuran awal oleh organisasi antarabang­sa seperti Tabung Kewangan Antarabang­sa (-5.8 peratus), Bank Dunia (-5.8 peratus) dan Bank Pembanguna­n Asia (-6.0 peratus).

Prestasi Malaysia juga katanya, lebih baik jika dibandingk­an dengan negara serantau seperti Thailand (-6.1 peratus) dan Filipina (-9.5 peratus) dan negara lain seperti United Kingdom (-9.9 peratus).

Ketika PKP pertama dahulu, negara kita mengalami kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari dan jika ia dilaksanak­an secara berterusan, pasti sistem ekonomi negara kita termasuk sistem kesihatan awam akan lumpuh”

Tengku Zafrul

 ??  ?? MOODY’S menjangka penularan Covid-19 tidak akan menyebabka­n kesan yang berpanjang­an terhadap struktur ekonomi negara.
MOODY’S menjangka penularan Covid-19 tidak akan menyebabka­n kesan yang berpanjang­an terhadap struktur ekonomi negara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia