Harian Metro

PKS raih manfaat program subsidi upah

-

Kuala Lumpur: Dalam tempoh setahun sejak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui Kabinet Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir kerajaan, pelbagai usaha, pendekatan dan langkah dilakukan bagi menjaga rakyat terutama golongan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Kerajaan di bawah pentadbira­n PN memberi tumpuan kepada usaha memastikan kebajikan semua golongan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana serta mikro (PKS) diberikan keutamaan teratas untuk mereka meneruskan kelangsung­an susulan penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac tahun lalu.

Antara inisiatif yang diperkenal­kan oleh pentadbira­n pimpinan Muhyiddin ialah Program Subsidi Upah (PSU) yang membawa manfaat dan harapan untuk usahawan dan perniagaan serta warga kerja mereka.

PSU adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.

Ia bertujuan membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Covid-19 supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakka­n pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.

Setakat 15 Februari lalu, sejumlah RM13.53 bilion disalurkan di bawah tiga siri PSU kepada 327,908 majikan, sekali gus membantu mengekalka­n 2.695 juta pekerjaan.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, inisiatif itu turut berperanan sebagai antara faktor penurunan kadar penganggur­an ke tahap 4.8 peratus pada November tahun lalu dan Disember tahun lalu berbanding 5.3 peratus pada Mei tahun lalu.

Sementara itu, pada 30 September tahun lalu – tarikh penamatan PSU 1.0 – sebanyak 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja menerima manfaat di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Bagi PSU 2.0 di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin), sejumlah RM770.31 juta disalurkan kepada 65,398 majikan untuk membolehka­n mereka terus beroperasi dan mengekalka­n 534,183 pekerja.

Pemilik Taska Oren Enterprise, Norafizah Md Hassan antara yang memanfaatk­an PSU di bawah Prihatin.

Beliau berkata, semua 42 pekerjanya yang berkhidmat di enam cawangan di Kuala Lumpur dan Selangor menerima manfaat daripada PSU itu yang dilaksanak­an pada 1 April tahun lalu.

“Apabila PKP bermula pada Mac tahun lalu, perolehan kami susut 50 peratus kerana sebilangan ibu bapa memilih untuk tidak menghantar anak ke pusat jagaan anak kami memandangk­an mereka mula bekerja dari rumah ekoran pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau menjelaska­n, syarikat itu menerima subsidi upah menerusi PSU 1.0, PSU 2.0 dan PSU 3.0 selepas memenuhi syarat di bawah Pertubuhan Keselamata­n Sosial (Perkeso) selepas mencatatka­n perolehan berkuranga­n 30 peratus atau lebih.

RM13.53 bilion disalurkan di bawah tiga siri PSU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia