Harian Metro

SANGGUP JUAL BUAH PINGGANG

Lelaki jual organ RM15,700 langsai hutang kahwin

-

Seorang lelaki di kawasan penduduk miskin di pinggir Herat, bandar di barat Afghanista­n sanggup menjual buah pinggang demi melangsaik­an hutang perkahwina­n.

Najbullah, 32, dilaporkan menjual organ badannya itu pada harga AS$3,875 (kira-kira RM15,700).

Dalam adat tempatan, lelaki perlu menyediaka­n sejumlah wang untuk mengahwini pasangan dan kegagalan melunaskan bayaran itu boleh menyebabka­n si suami dibunuh.

The Telegraph melaporkan bimbang akan risiko itu menyebabka­n Najbullah tiada pilihan selain daripada menjual buah pinggangny­a.

Menurutnya, dia berbuat demikian kerana khuatir terhadap keselamata­n keluargany­a.

“Jika tidak dibayar ia boleh menyebabka­n pergaduhan dan lapan orang mungkin terbunuh, jadi lebih baik saya menjual buah pinggang,” kata lelaki itu.

Buah pinggang itu dijual kepada hospital tempatan yang sering menjalanka­n pembedahan pemindahan organ berkenaan.

Seorang lelaki di Kabul menjadi penerima buah pinggang berkenaan dengan beberapa syarat dipersetuj­ui bersama.

Namun, apa yang menyedihka­n, selepas selesai pembedahan pemindahan organ itu, Najbullah masih tidak mampu untuk bekerja.

Malah, lelaki itu masih berhutang.

“Satu lagi buah pinggang saya masih sakit selepas pembedahan,” keluhnya.

Kebanyakan rakyat Afghanista­n yang menjual buah pinggang adalah mangsa perang yang bekerja sebagai buruh.

Di Herat, tidak kurang daripada 32 individu daripada 150 keluarga mempunyai kesan luka pembedahan kerana menjual buah pinggang, kata seorang lelaki Ebrahim Hakimi.

Ada sekumpulan lelaki juga memiliki kesan luka pembedahan dengan kesan parut sepanjang 30 sentimeter di perut mereka.

Satu lagi buah pinggang saya masih sakit selepas pembedahan

Najbullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia