Harian Metro

KHAI SERIUS CEBURI BISNES

Lancar produk minuman pelangsing sebagai buah tangan pertamanya sebagai ahli perniagaan

- Oleh Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Selepas meraih pelbagai kejayaan dalam bidang nyanyian, penyanyi popular, Khai Bahar melangkah setapak lagi apabila mula membabitka­n diri dalam bidang perniagaan dengan melancarka­n produk minuman pelangsing, K Slimz.

Berbekalka­n modal puluhan ribu hasil daripada simpanan sejak mula terbabit dalam industri hiburan pada

2016, Khai, 27, atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin mengakui gementar dengan buah tangan pertamanya sebagai ahli perniagaan.

Malah, Khai menyifatka­n penghasila­n produk itu bukti dirinya serius untuk terus meneroka bidang perniagaan sekali gus ingin menjadi ahli perniagaan berjaya seperti mentor dan rakan perniagaan lain.

“Ini kali pertama saya terbabit dalam bidang perniagaan yang tidak pernah saya buat sebelum ini. Selama ini saya menjadi duta produk saja. Saya lebih yakin untuk menceburka­n diri dalam bidang ini apabila rakan yang memang terbabit dalam bidang ini memberikan kata semangat.

“Diakui memang gementar juga sebab ini produk pertama. Sejujurnya, selepas setahun menjalanka­n proses kajian dan penyelidik­an (R&D), tidak menjangka dapat keluarkan produk ini.

“Sebenarnya, ini antara impian saya. Sebelum ini pun keluarga dan rakan selalu tanya kenapa saya tidak mulakan perniagaan dengan keluarkan produk sendiri. Tapi, ketika itu saya fikir masih terlalu awal. Jadi, apabila saya belajar banyak perkara daripada rakan, sampai satu tahap saya berfikir ini waktu sesuai. Orang terdekat seperti keluarga, rakan dan peminat pun beri sokongan.

“Insya-Allah, ini adalah langkah awal saya dan selepas ini ada banyak lagi perancanga­n lain dalam perniagaan. Saya menyimpan hasrat nak pergi lebih jauh dalam bidang ini. Saya akan belajar untuk terus majukan diri dan nak cuba pula keluarkan produk lain,” katanya.

Ditanya mengenai soal persaingan selain kegagalan dalam perniagaan yang dilalui ramai artis sebelum ini, Khai yang muncul dengan single, Nafas Cinta berduet bersama Aina

Abdul berkata, perkara itu menjadi asam garam bagi mereka yang bergelar ahli perniagaan.

Malah, Khai memandang positif perkara itu kerana bagi dirinya kegagalan lebih menjadikan seseorang itu lebih matang dan ingin terus memajukan diri.

“Saya tak takut gagal. Sebab kegagalan boleh membuatkan diri lebih

bersemanga­t untuk maju lebih jauh ke depan. Kalau tak rasa kegagalan itu, mungkin kita akan berasa cepat selesa. Malah, kita takkan tahu apa kekurangan yang ada.

“Kalau dalam kerjaya nyanyian misalnya, secara peribadi saya ada banyak keluarkan lagu. Ada yang berjaya, begitu juga sebaliknya. Tapi, ia tidak melunturka­n semangat saya untuk terus mencipta dan menghasilk­an lagu. Jadi, saya kena terus berusaha dan tak boleh berhenti,” katanya.

Dalam masa sama,

Khai mengakui populariti dimiliki turut menjadi faktor dia menghasilk­an produk itu.

“Tidak dinafikan soal populariti boleh membantu untuk saya menjual produk ini. Malah, ada yang cakap selagi ada nama saya kena buat sesuatu. Jadi, itu sebab saya ambil peluang ini. Saya tak nak tunggu lama-lama. Kalau lagi lambat, apabila mula nanti saya kena berusaha keras lebih sikit. Jadi, apabila ada peluang baik, saya ambil dan teruskan berusaha.

“Saya buat bisnes ini bukan sebab desakan atau tidak ada pendapatan.

Tapi, ia lebih kepada nak membantu masalah yang dihadapi orang ramai dalam menurunkan berat badan terutama sejak pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) pada Mac tahun lalu. Jadi, dengan adanya produk ini diharap ia dapat membantu mereka,” katanya.

Berkongsi mengenai produk itu, Khai berkata, idea itu timbul apabila terdapat ahli keluarga termasuk dirinya sendiri yang mengalami masalah penurunan berat badan sejak PKP tahun lalu.

“Sepanjang PKP tahun lalu saya melihat ramai yang alami kenaikan berat badan termasuk ahli keluarga dan rakan. Sepanjang duduk di rumah memang makan banyak. Apabila nak turunkan semula dengan bersenam, mereka agak ‘struggle’. Jadi, saya buat keputusan lancarkan produk ini untuk bantu mereka.

“Saya juga alami perkara sama. Sebelum PKP, berat badan 67 kilogram. Semasa PKP turun sampai 64 kilogram. Tapi, ada pula tegur sebab terlalu kurus. Selepas itu saya tak jaga pemakanan dan makan dengan banyak. Jadi, berat badan naik semula.

“Apabila nak turun, saya kena bekerja keras dengan bersenam di gimnasium. Dari situ tercetus idea nak buat produk ini. Saya minum sendiri dan ia memberi kesan. Cuma kena istiqamah dan yakin. Sambil bersenam, amalkan produk ini. Insya-Allah, ia akan membantu,” katanya.

Menurut Khai, sebelum produk itu dilancarka­n dia sudah memberikan kepada beberapa individu sebagai testimoni dan hasilnya positif apabila mengalami penurunan berat badan 4 hingga 5 kilogram dalam masa 10 hari.

Produk, K Slimz yang dijual dengan harga RM79 itu juga sudah mendapat kelulusan daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

 ??  ?? HASILKAN produk pertama, K Slimz.
HASILKAN produk pertama, K Slimz.
 ??  ?? KHAI mahu berjaya sebagai ahli perniagaan pula.
KHAI mahu berjaya sebagai ahli perniagaan pula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia