Harian Metro

THE CROWN MENANG BESAR

Impak siri disiar menerusi saluran Netflix begitu luar biasa dengan membawa pulang trofi empat kategori utama

- Oleh Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Kemeriahan acara berprestij, Anugerah Golden Globe (AGG78) ke-78 semalam agak suram selepas terpaksa dilangsung­kan secara maya yan dipancarka­n dari The Beverly Hilton, Beverly Hills, California, Amerika Syarikat (AS).

Calon-calon cuma mengikuti acara itu dari rumah masing-masing, demikian juga dua hosnya, Tina Fey dan Amy Poehler mengacarak­annya secara berasingan. Fey berada di Rainbow Room, New York, manakala Poehler dari Hotel Beverly Hilton.

Acara berkenaan yang ditunda dua bulan daripada tarikh kebiasaan pada Januari sebenarnya menjanjika­n penganjura­nnya tetap glamor dan berkilau. Disebabkan pandemik Covid-19, tiada perarakan bintang ternama dibuat di karpet merah di luar Beverly Hilton.

Namun begitu, pengikut acara terbabit jelas teruja dengan keputusan AGG78. Rata-rata bersetuju dengan kemenangan pelakon, siri TV, dan filem kegemaran untuk kategori masingmasi­ng.

Seperti dijangka, siri fenomena The Crown yang disiarkan di platform penstriman Netflix meraih kemenangan besar apabila membawa pulang trofi empat kategori utama. Ternyata impak siri berkenaan begitu luar biasa.

Kategori itu adalah Siri TV Drama Terbaik, Aktres Siri TV Drama Terbaik (Emma Corrin), Aktres Siri TV Drama Terbaik (Josh O’Connor), dan Aktres Pembantu TV Terbaik (Gillian Anderson).

Sebuah lagi siri terbitan Netflix iaitu Schitt’s Creek yang terlepas pencalonan untuk kategori utama pada edisi sebelum ini nyata turut menyerlah. Ia berjaya memenangi trofi Siri TV Muzikal/Komedi Terbaik serta Aktres Siri TV Muzikal/Komedi Terbaik (Catherine O’Hara).

Untuk kategori filem pula, Nomadlad dan Borat Subsequent Moviefilm unggul apabila Nomadland memenangi Filem Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik (ChloÈ Zhao). Borat Subsequent Moviefilm membawa pulang trofi Filem Muzikal/Komedi Terbaik dan Aktor Filem Muzikal/Komedi Terbaik (Sacha Baron Cohen).

Sejarah juga tercipta buat Zhao apabila menjadi pengarah wanita pertama memenangi trofi Pengarah Terbaik sejak 1984. Kategori itu kali terakhir dimenangi Barbara Streisand menerusi Yentl pada tahun terbabit.

Edisi kali ini juga tidak terlepas daripada kritikan selepas berlaku kesilapan teknikal sewaktu ucapan kemenangan Daniel Kaluuya untuk kategori Aktor Pembantu Filem Terbaik menerusi lakonannya dalam Judas And The Black Messiah.

Bunyi suaranya ditutup dan ucapannya hanya kedengaran sewaktu di bahagian akhir. Penyampai trofi terbabit, Laura Dern turut memohon maaf terhadap kesilapan teknikal itu yang ternyata tidak disengajak­an.

Pengarah dan penulis, Lee Isaac Chung yang memenangi kategori Filem Bahasa Asing menerusi Minari pula tampil membidas kritikan mengenai filemnya. Menurutnya, dia menggunaka­n dialog bukan Inggeris untuk menggambar­kan keindahan bahasa asing itu.

“Minari keseluruha­nnya adalah berkisar kekeluarga­an. Keluarga itu cuba belajar sesuatu bahasa dengan sendiri. Ia lebih mendalam berbanding bahasa Amerika atau bahasa asing lain. Ia adalah bahasa hati,” katanya.

Beberapa ucapan kemenangan lain pula sudah dirakam awal termasuk ucapan Jon Batiste, Trent Reznor dan Atticus Ross. Mereka memenangi kategori Skor Asli Filem Terbaik menerusi filem Soul.

 ??  ?? TINA Fey dan Amy Poehler berganding­an sebagai hos.
TINA Fey dan Amy Poehler berganding­an sebagai hos.
 ??  ?? THE Crown menang besar dengan empat anugerah.
THE Crown menang besar dengan empat anugerah.
 ??  ?? UCAPAN Daniel Kaluuya tidak kedengaran.
UCAPAN Daniel Kaluuya tidak kedengaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia