Harian Metro

CHANYEOL JALANI LATIHAN TENTERA

Anggota kelima EXO menjalani latihan ketenteraa­n wajib bermula 29 Mac ini

- Susunan Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Anggota kumpulan EXO, Chanyeol bakal menjalani latihan ketenteraa­n wajib pada 29 Mac ini.

Selepas bertebaran gosip berkenaan, akhirnya agensi EXO iaitu SM Entertainm­ent mengesahka­n hal terbabit baru-baru ini.

“Chanyeol akan menjalani latihan ketenteraa­n wajib pada 29 Mac ini. Lokasi dan tempoh waktu latihan yang akan dilalui oleh Chanyeol tidak akan diumumkan.

“Malah tiada sebarang majlis akan diadakan,” kata wakil SM Entertainm­ent.

Pengumuman rasmi yang dibuat menyaksika­n Chanyeol menjadi anggota kelima EXO yang menjalani latihan ketenteraa­n.

Terdahulu, Xiumin menjadi anggota pertama yang berjaya menyelesai­kan latihan ketenteraa­n wajib pada 6 November tahun lalu. Kemudian diikuti, D.O. yang tamat menjalani latihan ketenteraa­n wajib pada 25 Januari lalu.

Dua lagi anggota

EXO iaitu Suho dan

Chen ketika ini masih menjalani latihan ketenteraa­n manakala Kim Jun-myeon atau

Suho selaku ketua kumpulan EXO menjadi anggota ketiga yang menjalani latihan ketenteraa­n wajib pada 14 Mei tahun lalu.

Sementara itu, pemilik nama sebenar Park Chanyeol menulis surat terbuka buat semua peminatnya.

Menerusi surat ditulis itu, Chanyeol memohon maaf kepada jutaan peminatnya sekali gus berterima kasih di atas sokongan yang masih berterusan terhadapny­a.

Malah, Chanyeol mengakui terharu apabila menerima surat sempena ulang tahun kelahirann­ya pada 27 November, tahun lalu.

Tidak terhenti di situ, Chanyeol turut menerima ribuan surat daripada peminat yang berasa teruja dengan pembabitan­nya yang sudah memasuki sembilan tahun bersama kumpulan EXO.

Kali pertama Chanyeol menyertai kumpulan EXO, pada 23 Februari 2012.

“Saya berterima kasih di atas ucapan dan surat daripada kalian sempena ulang tahun saya.

“Ketika membaca satu persatu surat istimewa daripada kalian, saya berasa serba salah dan bersyukur.

“Sejujurnya saya memikirkan betapa kalian sangat menyokong dan menghargai perjalanan kerjaya seni saya selama ini.

“Saya akan menjaga sokongan berharga yang kalian berikan ini dan saya juga berharap kalian semua berada dalam keadaan sihat,” kata Chanyeol.

Ketika membaca satu persatu surat istimewa daripada kalian, saya berasa serba salah dan bersyukur. Sejujurnya saya memikirkan betapa kalian sangat menyokong dan menghargai perjalanan kerjaya seni saya selama ini

CHANYEOL

 ??  ?? CHANYEOL terharu mendapat sokongan padu peminat selama bersama EXO.
CHANYEOL terharu mendapat sokongan padu peminat selama bersama EXO.
 ??  ?? TERIMA kasih, Chanyeol tulis surat terbuka buat peminatnya.
TERIMA kasih, Chanyeol tulis surat terbuka buat peminatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia