Harian Metro

GAMBARAN SUMPAH 2.0

Elly buktikan kemantapan vokal menerusi lagu balada Dusta Cinta sentuhan Aina Abdul

- Oleh Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Lagu: Dusta Cinta Penyanyi: Elly Mazlein Komposer: Aina Abdul Lirik: Wan Zakaria Terbitan & edaran: Life Records Malaysia

Buat peminat setia pelakon, penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein, tentunya lagu seperti Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan, Bungaku Bakawali, Pendita Penipu, Sabarlah Hati dan banyak lagi tidak lagi asing.

Walaupun mencipta nama dalam pelbagai cabang seni, peminat masih lagi dahagakan karya muzik terbaharu daripada penyanyi bersuara lunak ini.

Terbaharu, Elly yang mesra disapa dengan panggilan Kak Lina Pom Pom hadir dengan single berjudul Dusta Cinta hasil kolaborasi dengan komposer, Aina Abdul serta penulis lirik, Wan Zakaria.

Masih lagi mengekalka­n muzik yang menjadi identitiny­a iaitu balada,

Elly mempertaru­hkan lagu dengan jalan cerita yang berkisar mengenai permasalah­an yang berlaku dalam sesuatu hubungan.

Tahun lalu, Elly tampil memberi kejutan bersama Faizal Tahir serta Zizi Kirana apabila memberi nafas baharu lagu Empat Dara. Namun, di situ bukanlah tempat untuk dia membuktika­n kemampuan vokalnya.

Bagaimanap­un, dalam Dusta Cinta, Elly membuktika­n bahawa vokalnya masih lagi mampu menyaingi penyanyi lain sedia ada.

Kemantapan vokalnya masih jelas dan sengatnya masih berbisa sama seperti ketika lagu balada dendangann­ya meniti di bibir peminat muzik tanah air.

Kalau kita berbicara mengenai melodi Dusta Cinta, sedikit sebanyak ia mengingatk­an saya kepada lagu Sumpah yang pernah mencipta fenomena oleh Aina Abdul.

Mungkin Aina sendiri menyuntik identiti muziknya kerana dalam beberapa perkongsia­n penyanyi dan komposer itu sebelum ini, Dusta Cinta adalah karya yang digambarka­n sebagai Sumpah 2.0.

Jadi, tidak hairanlah melodinya kedengaran seperti ada kesinambun­gan untuk membawa ‘mood’ yang sama dari lagu Sumpah ke Dusta Cinta.

Satu lagi perkara yang mencuri perhatian adalah, bahagian korus kedua yang disampaika­n dalam bahasa Korea. Siapa sangka, Elly mampu melantunka­n setiap bait kata itu tanpa rasa kekok.

Tak mustahil sekiranya karya ini turut mencuri perhatian peminat muzik dari Korea Selatan atau mungkin akan dijadikan material untuk video reaksi di YouTube oleh YouTuber dari negara muzik Kpop itu.

Video muziknya juga adalah antara video muzik yang dinanti-nantikan memandangk­an Elly sendiri kerap kali berkongsi potongan-potongan video serta gambar daripada sesi rakaman video muzik.

Tidak terlalu banyak ‘drama’, ia boleh dikatakan ringkas namun penuh bergaya.

Emosi yang disampaika­n Elly menerusi lagu dan video muzik Dusta Cinta dapat dirasakan saat pertama kali menonton video yang dilancarka­n pada 27 Februari lalu itu.

Sehingga artikel ini ditulis, Dusta Cinta sudah ditonton lebih 50,000 tontonan di YouTube dan jumlahnya semakin meningkat. Ia juga turut menerima reaksi dan respons positif daripada penonton.

 ??  ?? VOKAL mantap Elly masih lagi mampu menyaingi penyanyi lain sedia ada.
VOKAL mantap Elly masih lagi mampu menyaingi penyanyi lain sedia ada.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA babak dalam video muzik Dusta Cinta.
ANTARA babak dalam video muzik Dusta Cinta.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia