Harian Metro

PENGGUNA SELESA BELI ‘ONLINE’

Kajian ShopBack menunjukka­n perdaganga­n digital sedang berkembang pesat di negara ini

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Tempoh Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) serta ‘era pandemik’ sememangny­a banyak mengubah landskap kehidupan manusia hari ini.

Pembelajar­an digital sudah menjadi normal baharu, pembelian atas talian juga semakin pesat berkembang di negara ini terutamany­a perdaganga­n menerusi platform media sosial.

Berdasarka­n satu kajian yang dilaksanak­an oKleE h DUSDhUoKpA­B N acmkata mdenmgap n esrklirh in aptekrlaun bahawa pbeerrdaa da gapandg a aj n ardakigita­l seyadna g nb g etbuel.rkembang pesat di negara ini dan kebanyakan pengguna selesa melakukan pembelian dalam talian berbanding mengunjung­i kedai fizikal.

Data tinjauan berkenaan diperoleh daripada pengguna berumur 18 hingga 55 tahun ke atas yang mempunyai latar belakang pelbagai termasuk pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga.

Menerusi tinjauan yang dibuat menunjukka­n sebanyak 65 peratus pengguna melakukan pembelian terus sesuatu produk di laman web jenama berkenaan.

Pengurus Besar ShopBack Malaysia, Eddy Han berkata, PKP yang dilaksanak­an kerajaan untuk mengawal penularan pandemik bukan satusatuny­a faktor yang mendorong peningkata­n pembelian menerusi platform media sosial ini.

“Kita melihat pengguna di negara ini lebih cenderung untuk melakukan pembelian menerusi beberapa medium seperti akaun rasmi sosial media sesuatu jenama termasuk di ‘Marketplac­e’ milik Facebook, WhatsApp, mesej terus dan sebagainya.

“Lebih daripada 50 peratus responden kita memaklumka­n bahawa mereka membeli sesuatu barangan secara terus mengikut sesuatu jenama dan majoriti mereka berumur antara 18 hingga 44 tahun.

“Selain itu, dapatan kita juga menunjukka­n bahawa pengguna hari ini lebih bijak dalam melakukan pemilihan barangan dan tidak ‘setia’ dengan satu platform laman dagang saja sebaliknya mereka melakukan perbanding­an harga,” katanya.

Beliau berkata, ia menunjukka­n bahawa pembeli tempatan sudah bijak untuk memilih barangan yang sama tetapi penawaran harga yang lebih baik sekali gus membuktika­n mereka pengguna bijak belanja.

“Faktor pendorong mereka untuk melakukan pembelian adalah penawaran harga yang baik selain kualiti produk. Faktor berkenaan mewakili 94 peratus daripada data yang kita peroleh.

“Selain itu, sejumlah 88 peratus pengguna lebih cenderung untuk membaca pengalaman pengguna di sesebuah kedai maya untuk melihat tahap perkhidmat­an yang ditawarkan.

“Sebanyak 57 peratus pula akan melakukan pembelian selepas terdorong dengan prestasi khidmat pelanggan sesebuah platform atau kedai maya yang mendorong mereka untuk melakukan pembelian,” katanya.

Katanya, pengguna juga lebih bijak untuk melakukan pemilihan sebelum membuat pembelian di platform maya serta kualiti perkhidmat­an yang ditawarkan oleh sesebuah jenama atau kedai maya.

“Secara keseluruha­nnya, pembeli tempatan lebih memikirkan faktor kewangan mereka sebelum melakukan pembelian dan berhati-hati ketika

Kita melihat pengguna di negara ini lebih cenderung untuk melakukan pembelian menerusi beberapa medium seperti akaun rasmi sosial media sesuatu jenama termasuk di ‘Marketplac­e’ milik Facebook, WhatsApp, mesej terus dan sebagainya EDDY HAN

membuat pembelian.

“Ini adalah bukti bahawa pembeli tempatan sudah lebih matang untuk memilih barangan keperluan atau keinginan bagi mereka dan lebih penting, hak pengguna turut menjadi perhatian sebelum pembelian dilakukan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENGGUNA hari ini lebih cenderung untuk melakukan perbanding­an harga antara platform laman dagang untuk mencari kadar terbaik.
PENGGUNA hari ini lebih cenderung untuk melakukan perbanding­an harga antara platform laman dagang untuk mencari kadar terbaik.
 ??  ?? KHIDMAT layanan terbaik serta pengalaman pengguna antara faktor yang mendorong pembelian di sesebuah kedai maya.
KHIDMAT layanan terbaik serta pengalaman pengguna antara faktor yang mendorong pembelian di sesebuah kedai maya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia