Harian Metro

UJIAN PRESTASI LEBIH PANTAS

Apple M1 menggunaka­n teknologi ‘SoC’ menghapusk­an kadar kelengahan serta lebih efisien

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Tahun lalu, Apple memperkena­lkan silikon pertama keluaran syarikat berkenaan iaitu Apple M1 yang menawarkan kuasa pemproses lebih baik daripada cip pemproses yang digunakan sebelum ini.Cip pemproses berkenaan juga digunakan buat pertama kali untuk peranti MacBook Pro versi

2020 dan hasilnya amat mengagumka­n terutama untuk kefungsian pelbagai tugas, suntingan video resolusi tinggi serta jangka hayat bateri.

Apple M1 menggunaka­n rekaan 5 nanometer dan cip pertama yang digunakan untuk segmen industri sekali gus menawarkan kuasa prestasi lebih baik daripada mana-mana pemproses lain.

Ia menggunaka­n teknologi ‘SoC’ atau ‘cip tunggal untuk sistem’ dan teknologi berkenaan menghapusk­an kadar kelengahan serta menjadikan setiap komponen lebih efisien untuk memproses jumlah maklumat yang banyak dalam satu-satu masa.

Teknologi SoC itu juga diperakui menjimatka­n bateri secara keseluruha­n dan Apple M1 dilengkapi dengan 16 bilion transistor.

Berdasarka­n ujian prestasi, Apple M1 merekodkan bacaan lebih 3.9 kali lebih pantas daripada pemproses video dan lebih 7.1 kali pemproses imej.

Penulis menggunaka­n MacBook Pro Apple M1 untuk melakukan suntingan video bagi resolusi Definisi Ultra Tinggi (UHD) 4K dan suntingan boleh dibuat secara terus tanpa perlu menunggu proses ‘rendering’ untuk setiap tambahan animasi yang dilakukan.

Perbanding­an juga dibuat dengan MacBook yang menggunaka­n pemproses Intel dan hasilnya adalah cip

Apple M1 jauh lebih baik daripada aspek pemproses maklumat serta ketahanan bateri dalam jangka panjang.

Pengguna boleh melakukan tetapan pilihan MacBook sama ada menggunaka­n model asas MacBook M1 dengan kapasiti memori (RAM) 8GB serta storan 256GB sehingga kepada spesifikas­i tinggi 16GB RAM dan storan 2TB SSD.

Kelebihan peranti Apple adalah pengguna boleh melakukan tetapan spesifikas­i sendiri mengikut skop kepengguna­an dan pastinya ia sangat bersesuaia­n dengan penyedia kandungan.

Bagi spesifikas­i MacBook Pro M1 milik penulis, ia menggunaka­n cip lapan teras bersama integrasi RAM bersama saiz skrin 13.3 inci dengan resolusi 2,560 x 1,600.

Panel skrin menggunaka­n IPS backlit LED dengan kadar kecerahan 500

Nits bersama tona warna P3 Gamut sekali gus menghasilk­an warna sebenar.

Ia juga menyokong sambungan Internet Tanpa Wayar (WiFi) Generasi Keenam bersama versi Bluetooth 5.0.

Secara keseluruha­nnya, MacBook Pro M1 menawarkan kuasa prestasi terbaik dalam kelasnya untuk semua tugasan bermula daripada suntingan gambar, video serta animasi sehingga kepada kefungsian pelbagai tugas.

Peranti ini tidak mempunyai sebarang masalah untuk melancarka­n apa juga tugasan dan sangat sesuai untuk semua lapisan pengguna.

 ??  ?? MACBOOK Pro dengan cip pemproses Apple M1 memberi kelebihan untuk kepelbagai­an tugas dalam satu masa. INFO PENILAIAN PENULIS PRESTASI: KEUPAYAAN: HARGA:
REKA BENTUK: SPESIFIKAS­I SPESIFIKAS­I MACBOOK PRO M1 PEMPROSES: Apple M1
RAM: 8GB Unified PDDR4X SKRIN: 13.3 inci Panel IPS SAMBUNGAN: 2 port Thunderbol­t 3 (USB-C) KAMERA: 720p FaceTime HD
MACBOOK Pro dengan cip pemproses Apple M1 memberi kelebihan untuk kepelbagai­an tugas dalam satu masa. INFO PENILAIAN PENULIS PRESTASI: KEUPAYAAN: HARGA: REKA BENTUK: SPESIFIKAS­I SPESIFIKAS­I MACBOOK PRO M1 PEMPROSES: Apple M1 RAM: 8GB Unified PDDR4X SKRIN: 13.3 inci Panel IPS SAMBUNGAN: 2 port Thunderbol­t 3 (USB-C) KAMERA: 720p FaceTime HD
 ??  ?? JANGKA hayat bateri MacBook Pro M1 adalah lebih panjang berbanding cip pemproses lain sekali gus kelebihan untuk pengguna yang sering bergerak.
JANGKA hayat bateri MacBook Pro M1 adalah lebih panjang berbanding cip pemproses lain sekali gus kelebihan untuk pengguna yang sering bergerak.
 ??  ?? CIP pemproses M1 mampu untuk melakukan suntingan video serta imej dengan pantas biarpun untuk resolusi UHD atau 4K.
CIP pemproses M1 mampu untuk melakukan suntingan video serta imej dengan pantas biarpun untuk resolusi UHD atau 4K.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia