Harian Metro

Reds terus bersaingan

-

Sheffield, United Kingdom:

Jurgen Klopp percaya Liverpool masih berpeluang membuktika­n cabaran mereka belum berakhir selepas mengakhiri empat kekalahan berturut-turut dengan kemenangan 2-0 di Sheffield United, semalam.

Misi penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dihampakan dengan krisis kecederaan dan mereka kini bertarung untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan menerusi empat tempat teratas.

Skuad kendalian Klopp kekal di tangga keenam, tetapi kini hanya dua mata dipisahkan dengan pasukan di tangga keempat West Ham dan boleh memintas Chelsea di tangga kelima apabila Blues berkunjung ke Anfield pada Jumaat ini.

“Ramai menganggap peluang kami sudah berakhir, tetapi tak mengapa,” kata Klopp.

“Dengan banyak masalah melanda, tetapi kami masih di tempat yang menggembir­akan.”

Kapten Reds, Jordan Henderson menambah senarai panjang Liverpool manakala penjaga gol, Alisson Becker tidak beraksi selepas kehilangan ayahnya di Brazil, kelmarin.

Tetapi Blades muncul lawan lengkap untuk skuad Klopp memulihkan keyakinan apabila dua jaringan babak kedua oleh Curtis Jones dan jaringan sendiri Kean Bryan kembali meletakkan Reds meraih kemenangan.

“Kami akan menentang Chelsea selepas ini dan kami perlu menunjukka­nnya sekali lagi. Kami perlu menang dan tiada cara lain ke Liga Juara-Juara dan tanpa keputusan.”

Tanpa pengganti Alisson, Caoimhin Kelleher yang turut cedera, penjaga gol ketiga, Adrian tampil dalam skuad utama kali pertama sejak melepaskan sembilan gol dalam dua perlawanan pada Oktober lalu ketika menentang Aston Villa dan Everton dan kali ini beraksi cemerlang menyelamat­kan beberapa percubaan bahaya pemain tuan rumah. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia