Harian Metro

Azizulhasn­i kini melalui fasa latihan berat

-

Kuala Lumpur:

Tidak mahu dibuai mimpi indah sebagai pelumba pecut basikal trek terbaik dunia, Azizulhasn­i Awang kini melalui fasa latihan berat dalam persediaan menyertai Kejohanan Kebangsaan Australia 2021 di Velodrom Anna Meares, Brisbane, Australia, penghujung bulan ini.

Malah, situasi sama turut dilalui seorang lagi pelumba pecut negara, Shah Firdaus Sahrom supaya dapat mengekalka­n momentum meraih kejayaan pada kejohanan terbabit.

Azizul yang pernah melakar kemenangan pingat emas dalam acara keirin di kejohanan itu Disember lalu menganggap pertanding­an hujung bulan ini sebagai pentas latihan utama untuk ke peringkat seterusnya, selain persediaan Olimpik Tokyo kelak.

“Pada Mac ini, ada kejohanan Australia di Brisbane dan saya berharap ia tidak dibatalkan (disebabkan Covid-19),” katanya.

Pelumba basikal negara terus menyerlah di Australia apabila Shah Firdaus membuktika­n keunggulan­nya dengan menguasai Kejohanan Keirin Kebangsaan Victoria, baru-baru ini.

Paling menggembir­akan skuad negara menguasai kedudukan satu dua dengan Azizul berada di tempat kedua manakala pelumba tuan rumah Ned Pollard ketiga.

Sebelum itu, dalam acara pecut, Azizul menduduki tempat pertama manakala Shah kedua.

Ditanya mengenai sasarannya di Brisbane nanti, Azizulhasn­i berkata, beliau mengharapk­an satu lagi kejayaan diraih di sana seperti mana dilakukan pada Disember lalu. “Waktu itu (di Brisbane nanti), masih dalam fasa latihan berat lagi. Fasa yang menggunaka­n kekuatan namun kami akan tetap bersaing sebagai (pentas) perlumbaan ujian,” kata Azizulhasn­i yang bakal membuat penampilan keempat Olimpik di Tokyo nanti selepas di Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.

“Sudah tentu akan buat yang terbaik (di Brisbane) dan saya berharap boleh berada di pentas podium lagi seperti tahun lalu,” katanya.

“Sudah tentu akan buat yang terbaik (di Brisbane) Azizulhasn­i

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia