Harian Metro

LIGA M MASIH‘ MASYUK

Nilai tajaan dijangka meningkat selepas perbincang­an muktamad

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@ hmetro.com.my

Walaupun sektor ekonomi terjejas teruk, saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini masih mempunyai daya tarikan tersendiri dalam kalangan syarikat korporat. Ini terbukti apabila Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin semalam mengumumka­n memperoleh tajaan kira-kira RM33.4 juta, dan jumlah itu dijangka bertambah berikutan beberapa rundingan masih dijalankan di antara MFL dan beberapa syarikat tempatan, lapor Firdaus Hashim

Di sebalik ledakan pandemik Covid-19 yang melanda negara hingga menyebabka­n banyak sektor ekonomi terjejas teruk, saingan Liga Malaysia (Liga M) tampaknya masih mempunyai daya tarikan tersendiri apabila sejumlah RM33.4 juta berjaya diraih sebagai nilai tajaan keseluruha­n Liga M musim ini.

Bagaimanap­un, jumlah berkenaan dijangka meningkat berbanding musim lalu yang difahamkan sekitar RM30 juta.

Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya sedang berusaha untuk menambah nilai tajaan itu yang merangkumi tajaan syarikat korporat, tajaan hak penyiaran Liga M dan tajaan peralatan.

“Saya faham mengenai keresahan peminat dan saya melihat di media sosial kerana pada tahun lalu MFL tidak umumkan berapa jumlah penajaan yang kita dapat, tetapi saya perlu jelaskan setiap mesyuarat Lembaga Pengarah (MFL) dan juga rakan kongsi, kita sudah bagi detail (maklumat) penajaan.

“Tetapi untuk sama-sama nak pastikan liga dan penyokong memahami, saya perlu nyatakan sehingga ketika ini, jumlah untuk penajaan pada tahun ini seperti hak tajaan dan penyiaran dan juga penaja peralatan adalah berjumlah lebih kurang RM33,428,000.

“Jumlah keseluruha­n kita dah gabungkan setakat ini, tetapi pasukan saya (pengurusan MFL) dan Datuk Ab Ghani Hassan (CEO MFL) dan beberapa penaja yang saya tak boleh nak umumkan, masih lagi dalam perbincang­an dan tak lama lagi kita akan menandatan­gani, dan insya-Allah akan ada penambahan.

“Cukup saya nyatakan jumlah yang kita dapat setakat ini dan dalam keadaan Covid-19, kita harap jumlah ini akan bertambah pada masa akan datang,” katanya pada majlis Pelancaran Liga M 2021 di sini, semalam.

 ??  ??
 ??  ?? HAMIDIN (kiri) dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada majlis Pelancaran Liga M 2021, semalam.
HAMIDIN (kiri) dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pada majlis Pelancaran Liga M 2021, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia