Harian Metro

UNITED TERKILAN TAK DAPAT PENALTI

Berang selepas United tidak diberi penalti ketika seri menentang Chelsea

-

Ole Gunnar Solskjaer percaya pengadil terpedaya dengan ‘pengaruh luar’ selepas skuadnya tidak diberikan penalti ketika seri 0-0 dengan Chelsea, semalam.

Rayuan penalti mereka selepas bola terkena tangan Callum Hudson-Odoi ditolak pengadil Stuart Attwell yang kekal dengan keputusann­ya selepas melihat ulang tayang menerusi monitor tepi padang.

“Ia jelas penalti, saya agak risau kami tidak mendapatka­nnya selepas banyak bunyi bising kedengaran mengenai rekod penalti kami,” kata pengendali United itu.

Insiden itu satu-satunya aksi mendebarka­n dalam perlawanan hambar di Stamford Bridge.

Hudson-Odoi dan pemain United berebut dalam kotak penalti dan bola mengenai lengan atas Greenwood dan tangan Hudson-Odoi, tetapi Attwell tidak memberikan penalti sebaliknya meneruskan permainan.

Bagaimanap­un, dia diarah melihat semula insiden itu menerusi VAR dan selepas melihatnya dengan Hudson-Odoi turut berada di belakang, dia kekal keputusan dengan berkata pemain Chelsea tidak menggerakk­an tangan ke arah bola.

Manchester United mendapat 22 penalti dalam saingan Liga Perdana sejak permulaan musim lalu, lebih empat daripada mana-mana kelab yang membuatkan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dan bekas pengendali Chelsea, Frank Lampard mempersoal­kan mengapa skuad mereka tidak mendapat kelebihan sama daripada pengadil.

“Ya, terdapat fakta pengurus pengaruhi pengadil,” kata Solskjaer kepada Sky Sports.

“Saya percaya pengadil tidak akan terpengaru­h tetapi saya sangat terkejut dengan keputusann­ya. Nampaknya, ada pengaruh luar yang mempengaru­hi pengadil.”

Keputusan seri itu turut mengecewak­an Chelsea yang menduduki tangga kelima dengan hanya satu mata di belakang kelompok empat teratas. - AFP

“Ramai menganggap peluang kami sudah berakhir Jurgen Klopp

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN United, Greenwood (kiri) diasak pemain Chelsea, Hudson-Odoi pada aksi di Stamford Bridge.
PEMAIN United, Greenwood (kiri) diasak pemain Chelsea, Hudson-Odoi pada aksi di Stamford Bridge.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia