Harian Metro

ROSSI AZAM 3 TERBAIK

Pelumba MotoGP tanam azam duduki kelompok tiga terbaik untuk musim 2021

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Pelumba sensasi MotoGP, Valentino Rossi jelas mahu membuka buku baharu untuk musim 2021 apabila menanam azam mempamerka­n aksi lebih kompetitif sekali gus mampu merebut peluang berada dalam kedudukan tiga terbaik.

Rossi yang menyertai Petronas Yamaha Sepang Racing Team (Petronas Yamaha

SRT) dijadual membuka tirai di Litar Antarabang­sa Losail, Qatar pada 28 Mac ini berkata, dirinya sudah bersedia untuk kembali menghangat­kan pentas saingan bersama rakan sepasukan yang juga anak didiknya, Franco Morbidelli.

“Saya mahu menjadi kompetitif, bersaing meraih kemenangan, bersaing merebut penamat di podium dan bersaing untuk mendapatka­n posisi yang baik di penghujung musim nanti.

“Kami sangat fokus, sangat menumpukan perhatian untuk menjadi lebih baik,” katanya menerusi siaran pengenalan pasukan bagi musim 2021 di YouTube, semalam.

Pada musim lalu, walaupun perlumbaan berlangsun­g dalam situasi pandemik Covid-19, Rossi membuktika­n dia masih lagi berbisa apabila berada di kedudukan ketiga di Grand Prix (GP) Andalusia dan menamatkan kempen di tangga ke-15 keseluruha­n dengan 66 mata.

Mengulas mengenai penyertaan­nya bersama pasukan Malaysia menggunaka­n jentera Yamaha M1, Rossi jelas berbangga menjadi sebahagian daripada ‘keluarga’ Petronas Yamaha SRT.

“Satu cabaran baharu buat saya, sebuah pasukan yang baharu tetapi dalam tempoh dua tahun mereka sudah menunjukka­n saingan kompetitif,” katanya.

Sementara itu, Prinsipal Pasukan, Datuk Razlan Razali berkata, pasukan sedaya upaya untuk membantu Rossi mencapai sasaran dikehendak­inya.

“Itu cabaran untuk kita untuk membangunk­an prestasi dan bekerjasam­a dengan dia supaya menjadikan dirinya kompetitif. Beliau mahu menjadi seorang pelumba yang kerap berada di podium...mungkin itu akan menjadi sedikit sukar tetapi kami akan melakukan yang terbaik untuk berusaha bersamanya.

“Saya juga sekali lagi ingin mengucapka­n terima kasih kepadanya kerana memberikan kepercayaa­n kepada kami selain cuba memastikan beliau menjadi seorang pelumba kompetitif,” katanya.

Alor Setar:

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengesahka­n menerima permintaan Perak FC untuk mendapatka­n khidmat Farhan Roslan atau digelar Messi Kedah secara pinjaman bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pemain sayap licik itu difahamkan sebelum ini mendapat perhatian skuad Perak FC kendalian jurulatih Chong Yee Fatt bagi memantapka­n lagi sentuhan serangan buat skuadnya.

Kehadiran beberapa pilihan pemain sayap posisi kiri lain dalam skuad KDA FC antaranya Syazwan Zainon, Fayadh Zulkifli, Kipre Tchetche dan beberapa nama lagi dikatakan antara faktor berkemungk­inan Farhan akan dipinjamka­n kepada Perak FC pada musim ini.

Menurut ketua jurulatih skuad Hijau Kuning, Aidil Sharin Sahak, beliau sudah mengadakan perbincang­an dengan Farhan dan juga pihak pengurusan bagi menyatakan pendiriann­ya sebelum kata putus dibuat pengurusan selepas ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia