Harian Metro

TUCHEL MAHU SEKAT HAJAT LEICESTER

Rebut Piala FA di Wembley

-

Thomas Tuchel merancang untuk menghalang usaha Leicester mencipta sejarah ketika pengurus Chelsea itu menyasarka­n trofi pertamanya pada final Piala FA tengah malam ini di Wembley.

Tuchel mengharung­i perlawanan menakjubka­n sejak menggantik­an Frank Lampard yang dipecat pada Januari lalu.

Pengendali dari Jerman itu mengetuai Chelsea ke final Piala FA dan Liga Juara-Juara, sambil membawa mereka kembali ke kedudukan empat teratas Liga Perdana.

Menang kejuaraan sulung dalam bola sepak England akan membuktika­n impak mampu dihasilkan Tuchel.

Namun Leicester, yang dua mata di atas Chelsea dalam Liga Perdana, akan memberikan ancaman serius terhadap cita-cita Tuchel selepas dipimpin bos, Brendan Rodgers.

Skuad Foxes mahu menang Piala FA buat kali pertama dalam penampilan pertama sejak 1969. Tiada kelab tampil di final Piala FA lebih banyak tanpa menang berbanding Leicester, yang tewas empat kali pada saingan itu.

Sebaliknya, Chelsea menang lapan kali Piala FA, dengan kemenangan terakhir ialah berdepan Manchester United pada 2018.

Skuad Blues, yang tewas final tahun lalu berdepan Arsenal, akan tampil buat kali keempat dalam tempoh lima tahun terakhir.

Selepas mengatasi pengurus hebat seperti Pep Guardiola, Jurgen Klopp, Jose Mourinho, Diego Simeone, Zinedine Zidane dan Carlo Ancelotti sejak tiba di Chelsea, Tuchel akan berdepan Rodgers buat pertama kali selaku bos Blues.

Menjelang minggu terakhir yang penting dalam Liga Perdana apabila akan menentang Leicester dan Aston Villa, menarik untuk dilihat sama ada Tuchel akan menurunkan barisan terkuat di Wembley.

 ??  ??
 ??  ?? TUCHEL mengharung­i perlawanan menakjubka­n sejak menggantik­an
Frank Lampard.
TUCHEL mengharung­i perlawanan menakjubka­n sejak menggantik­an Frank Lampard.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia