Harian Metro

PELENGKAP AHMAD, MUHAMMAD

Pasangan kembar siam pernah gemparkan negara 20 tahun lalu kini hidup normal

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@mediaprima.com.my

Kisah kembar Siam ini pernah tercatat dalam sejarah negara kira-kira

20 tahun lalu apabila dipisahkan dalam pembedahan lebih 22 jam di Arab

Saudi. Kini, Ahmad Rosli dijangka menamatkan pengajian dalam jurusan reka bentuk grafik di sebuah universiti hujung tahun ini, manakala adiknya, Muhammad berjawatan pengurus di sebuah syarikat teknologi maklumat. Kehadiran ibu tiri yang disapa ummi selepas ibu kandung mereka mengadap Ilahi tambah menceriaka­n kehidupan kembar ini serta tiga adik mereka yang baru menyambut Aidilfitri secara sederhana, lapor Muhamaad Razis Ismail

Sama tapi tidak serupa. Demikian yang boleh digambarka­n mengenai Ahmad Rosli dan adiknya Muhammad, pasangan kembar siam yang pernah menggempar­kan negara hampir 20 tahun lalu.

Apa tidaknya, Ahmad penggemar makanan pedas berbanding adiknya, Muhammad.

Malah ketika sambutan Aidilfitri, Ahmad menggemari menu sambal sotong manakala adiknya meminati rendang ayam.

Karakter mereka juga berbeza, Ahmad lebih pendiam berbanding adiknya, seorang periang.

Mereka juga tidak suka berpakaian sama dan lebih selesa menjalani kehidupan normal seperti individu lain.

Persamaan mereka adalah memakai kasut bersaiz 41 yang sama. Ahmad akan pakai sebelah kiri manakala adiknya sebelah kanan.

Pasangan kembar Siam dari Puchong, Selangor ini menjalani pembedahan pembahagia­n hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 2001. Pada September 2002, mereka dipisahkan menerusi pembedahan selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi. Kini, pada usia 23 tahun, Ahmad masih lagi belajar di peringkat diploma dalam jurusan reka bentuk grafik manakala adiknya sudah bekerja sebagai pengurus projek di sebuah syarikat teknologi maklumat.

Oleh kerana keadaan Ahmad yang kurang sihat, penulis hanya berpeluang menemu bual Muhammad menerusi telefon.

Muhammad berkata, selepas hampir dua dekad dipisahkan biarpun serba kekurangan mereka dapat jalani kehidupan normal seperti insan lain. Katanya, masih ramai yang mengingati peristiwa mereka dipisahkan menerusi pembedahan di Arab Saudi.

“Kini, selepas menamatkan pengajian dalam ijazah sains komputer pada Februari lalu, saya bekerja di sebuah syarikat teknologi maklumat.

“Sebelum itu, selama sebulan saya buat permohonan di lebih 10 syarikat namun tidak mendapat maklum balas.

“Alhamdulil­lah, tidak lama selepas itu, sebuah syarikat menawarkan pekerjaan yang bersesuaia­n dengan kelayakan biarpun menyedari kekurangan saya,” katanya ketika dihubungi, semalam. Menurutnya, abangnya yang mesra dengan panggilan Along masih lagi belajar di peringkat diploma berikutan menghidap penyakit anemia atau kekurangan sel darah merah. “Sepatutnya, kami dapat tamatkan pengajian sama namun Along sedikit tertangguh berikutan berdepan masalah kesihatan.

“Insya-Allah, Along menyasarka­n dapat menamatkan pengajiann­ya pada hujung tahun ini,” katanya.

Mengenai sambutan Aidilfitri pada tahun ini, Muhammad berkata, ia dirai secara sederhana dengan keluargany­a di Kampung Tengah, Puchong, Selangor.

“Kebiasaann­ya kami akan pulang ke kampung di Sungai Besar, Selangor namun berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami beraya di rumah dengan keluarga.

“Biarpun tidak boleh berkunjung ke rumah jiran, kami tetap gembira dapat beraya bersama keluarga,” katanya.

Ditanya perancanga­n masa hadapan, Muhammad berhasrat mengambil lesen memandu dalam masa terdekat.

“Selain mudah untuk bergerak, saya juga nak bantu ayah untuk menghantar tiga adik ke sekolah,” katanya.

“Aidilfitri kali ini dirai secara sederhana dengan keluarga di rumah Muhammad

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD bersama keluargany­a ketika sambutan Aidilfitri di Kampung Tengah, Puchong.
MUHAMMAD bersama keluargany­a ketika sambutan Aidilfitri di Kampung Tengah, Puchong.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD (kiri) dan Ahmad dipisahkan menerusi pembedahan selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh pada 2002.
MUHAMMAD (kiri) dan Ahmad dipisahkan menerusi pembedahan selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh pada 2002.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia