Harian Metro

JAKIM SANTUNI GOLONGAN LGBT

1,700 peserta daripada komuniti LGBT sertai program Mukhayyam

- Oleh Muhammad Saufi Hassan am@hmetro.com.my

Seramai 1,700 peserta daripada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT) sudah menyertai program Mukhayyam sehingga 31 April lalu yang dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, ia adalah platform yang diwujudkan khusus untuk menyantuni golongan berkenaan sekali gus memberi pendedahan kepada kebenaran.

“Apa yang membanggak­an kita lagi, kini sudah terdapat sebanyak 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Komuniti

Hijrah dalam kalangan bekas peserta yang pernah mengikuti program Mukhayyam dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.

“Komuniti ini melaksanak­an kelas pengajian al-Quran dan usrah sebagai kumpulan sokongan kepada komuniti untuk mendapatka­n bimbingan agama yang dibimbing oleh pegawai agama dari Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri,” katanya.

Mohd Izwan berkata, Jakim berpendiri­an tidak bersetuju dengan perlakuan LGBT, namun tidak menafikan hak pelaku LGBT untuk dibimbing dan dinasihati.

Beliau berkata, justeru, mengambil pendekatan untuk berdakwah dan membimbing golongan LGBT menerusi program Mukhayyam iaitu program selama tiga hari dua malam yang menekankan lima elemen utama.

“Elemen berkenaan adalah kesedaran kerohanian, bimbingan fardhu ain, kesedaran kesihatan, motivasi kerjaya dan aktiviti berkumpula­n.

“Kita sekali ingin menegaskan bahawa mereka yang hadir tidak pernah dipaksa, bahkan datang secara sukarela khususnya untuk mendapatka­n bimbingan agama,” katanya.

Beliau berkata, program Mukhayyam adalah program bimbingan kepada golongan LGBT agar berusaha menjalani kehidupan fitrah yang diajar di dalam Islam.

 ??  ?? DR Mohd Izwan
KELAS pengajian al-Quran dan usrah diadakan sebagai kumpulan sokongan kepada komuniti berkenaan.
DR Mohd Izwan KELAS pengajian al-Quran dan usrah diadakan sebagai kumpulan sokongan kepada komuniti berkenaan.
 ??  ?? ANTARA aktiviti dalam program Mukhayyam yang dianjurkan Jakim selama 3 hari 2 malam.
ANTARA aktiviti dalam program Mukhayyam yang dianjurkan Jakim selama 3 hari 2 malam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia