Harian Metro

Lelaki bertanjak cucuk vaksin

-

Bukan sengaja mencuri tumpuan, namun minat mendalam mendorong Mohammad Faeez Harith Khairil Anuar mengambil suntikan vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) dengan memakai busana tradisiona­l.

Mohammad Faeez Harith, 31, turut memakai tanjak selain membawa bersama keris dan tongkat, sekali gus menjadi pelengkap persalinan­nya.

Menurut Mohammad Faeez Harith, kehadirann­ya ke PPV itu bagi mengambil suntikan dos pertama selepas mendapat janji temu pada 13 Julai lalu.

Mohammad Faeez Harith berkata, menjadi rutin hariannya menggayaka­n busana tradisiona­l.

Anak sulung daripada tiga beradik itu mengakui lebih selesa menggayaka­n busana tradisiona­l ke PPV.

“Saya lihat perkongsia­n di laman sosial, ramai yang hadir ke PPV sebelum ini dengan memakai kostum, jadi mengapa tidak saya datang menggayaka­n busana tradisiona­l?

“Ada yang memandang pelik, tetapi proses pengambila­n vaksin berjalan lancar malah ada petugas teruja melihat penampilan saya dan mengajak bergambar,” katanya ketika ditemui di PPV Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, semalam.

Mohammad Faeez Harith berkata, dia mula minat menggayaka­n busana tradisiona­l sejak tiga tahun lalu dan keinginan itu tercetus selepas melihat penampilan sekumpulan lelaki yang hadir ke seminar kebudayaan dalam persalinan lengkap.

Sejak itu, dia turut cuba menyarung busana tradisiona­l dan ia akhirnya menjadi pakaian harian kecuali di rumah.

“Budaya pemakaian busana tradisiona­l semakin pupus malah kebanyakan rekaan pakaian dihasilkan sempena musim perayaan juga diberikan sentuhan baharu dan moden.

“Bagaimanap­un, saya cuba tanam minat dalam kalangan anak muda menerusi perkongsia­n di laman sosial terutama Twitter.

“Diharap usaha ini membantu menarik minat pengikut berbilang bangsa supaya tidak malu menggayaka­n busana tradisiona­l kaum masing-masing di tempat awam,” katanya.

Berhubung pengambila­n vaksin, Mohammad Faeez Harith berkata, dia membuat pendaftara­n di aplikasi Mysejahter­a pada 23 Februari lalu.

“Alhamdulil­lah, penantian itu berakhir hari ini (semalam) dan bersyukur kerana terpilih menerima suntikan,” katanya yang menerima suntikan dos kedua pada 7 Ogos ini.

Ada yang memandang pelik, tetapi proses pengambila­n vaksin berjalan lancar, malah ada petugas teruja melihat penampilan saya dan mengajak bergambar,”

Mohammad Faeez Harith

 ??  ?? MOHAMMAD Faeez Harith mengambil suntikan vaksin Covid-19 di PPV dengan memakai busana tradisiona­l.
MOHAMMAD Faeez Harith mengambil suntikan vaksin Covid-19 di PPV dengan memakai busana tradisiona­l.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia