Harian Metro

DERITA LEHER DITEBUK

Bayi perempuan berusia tiga bulan hidap Sindrom Pierre Robin sukar bernafas

- Oleh Rafiqah Dahali am@hmetro.com.my

Sindrom Pierre Robin yang dihidapi Syamimi Afeeya Shashiradz membuatkan bayi perempuan berusia tiga bulan itu mengalami kesukaran untuk bernafas selain diberi makan dengan memasukkan cecair ke mulutnya.

Bapa Syamimi, Shashiradz Mahmud, 33, berkata, sindrom terbabit juga membuatkan anaknya tidak boleh mengeluark­an suara kerana lehernya sudah ditebuk untuk dibuat saluran pernafasan.

Katanya, selepas isterinya, Parwina Parson, 28, bersalin pada 6 April lalu, mereka sempat membawa bayi mereka pulang ke rumah selepas tiga hari berada di hospital.

“Disebabkan Sindrom Pierre Robin itu, tekak bayi saya sempit, susah untuk bernafas dan sukar memberikan­nya susu.

“Pada mulanya berat Syamimi semasa dilahirkan adalah 3.15 kilogram, tetapi selepas tiga hari, berat badannya susut sehingga 2.8 kilogram kerana air susu tidak dapat masuk ke badannya.

“Pada malam ketiga 9 April lalu, Syamimi sesak nafas sehingga tubuhnya kebiru-biruan dan tanpa membuang masa, kami bergegas membawanya ke hospital,” katanya.

Shashiradz yang sebelum ini bertugas sebagai kerani di pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kota Kinabalu, tetapi ditamatkan kontrak baru-baru ini berkata, bayinya menjalani dua pembedahan untuk meluaskan tekak dan menebuk leher di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.

Menurutnya, kos dua pembedahan terbabit dibayar dengan menggunaka­n hasil sumbangan orang ramai di sebuah laman sesawang.

“Sehingga ke hari ini, Syamimi masih perlu menggunaka­n alat bantuan pernafasan.

“Bagaimanap­un pembedahan ketiga perlu dilakukan untuk memasang alat khusus di rahangnya yang memakan kos sebanyak RM22,000.

“Tanpa alat berkenaan, Syamimi tidak akan dapat menyusu, malah tidak akan dapat makan seumur hidup.

Bahkan, bayi kami juga terpaksa tidur secara mengiring kerana jika Syamimi tidur secara telentang, dia akan sesak nafas dan tubuhnya menjadi kebiru-biruan,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional Shashiradz, 1210929000­044436.

 ??  ?? SHASHIRADZ memegang bayinya, Syamimi Afeeya yang menghidap sindrom Pierre Robin.
SHASHIRADZ memegang bayinya, Syamimi Afeeya yang menghidap sindrom Pierre Robin.
 ??  ?? SYAMIMI Afeeya perlu menggunaka­n alat bantuan pernafasan.
SYAMIMI Afeeya perlu menggunaka­n alat bantuan pernafasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia