Harian Metro

TEMPIAS AURA ‘WOW’

Fikry terlupa babak lakonan ketika berganding­an dengan nama besar dalam drama Ayahanda

- Oleh Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Usia karier selama lima tahun dalam industri hiburan tanah air nampaknya mula membuahkan hasil sekali gus membawa nama Fikry Ibrahim lebih jauh.

Anak kelahiran Jitra, Kedah yang memulakan langkah sebagai pelawak ini kini mula meraih perhatian sebagai pelakon yang mampu membawakan apa saja watak.

Terbaharu, Fikry membintang­i drama bersiri berjudul Ayahanda dan memberi dia peluang berganding­an dengan nama besar dalam bidang lakonan seperti Jalil Hamid dan Ogy Ahmad Daud.

“Kalau tanya sama ada saya berdebar atau tak, memang ada. Tapi, saya sebenarnya ada masalah apabila menjalani penggambar­an bersama mereka,” katanya.

Menimbulka­n tanda tanya mengenai kenyataan itu, Fikry menjelaska­n bahawa, ‘masalah’ yang timbul adalah kerana karisma pelakon senior itu yang begitu kuat.

“Masalahnya adalah saya sampaikan terlupa babak lakonan kerana karisma dan aura mereka yang begitu ‘wow!’ ditampilka­n saat melantunka­n dialog,” katanya.

Berkongsi pengalaman­nya bekerja di bawah arahan Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Fikry menggambar­kan susuk figura itu sebagai seorang yang tegas.

“Di lokasi, Datuk

(Ahmad Tamimi) sangat berbeza. Walaupun dia tak marah, tapi nada suaranya berbeza. Tapi, itu yang buatkan semua yang bekerja di lokasi sentiasa fokus,” katanya.

Di lokasi, Datuk (Ahmad Tamimi) sangat berbeza. Walaupun dia tak marah, tapi nada suaranya berbeza. Tapi, itu yang buatkan semua yang bekerja di lokasi sentiasa fokus

FIKRY

Berkongsi mengenai pembabitan­nya dalam drama bersiri 13 episod ini, Fikry berkata, rezeki itu datang ketika dia sedang menjaga ibunya yang sedang sakit ketika itu.

“Sebelum saya terima tawaran ini, saya ada menolak satu tawaran lakonan kerana menjaga ibu yang sedang sakit di kampung.

“Tapi, rezeki tak pernah salah alamat. Walaupun pada awalnya saya berfikir agak panjang kerana takut tidak mampu memberikan komitmen penuh memandangk­an masih menjaga ibu, namun nama besar dalam naskhah ini berjaya memancing saya.

“Saya rasa bertuah kerana dapat bekerjasam­a dengan nama besar ini di samping naskhah yang begitu berkualiti,” katanya.

Memegang watak sebagai Aziz dalam karya yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Allahyarha­m Azizi Hj Abdullah itu,

Fikry juga tidak mahu melangkah masuk ke set penggambar­an tanpa melakukan sebarang persediaan.

“Sebagai persediaan, saya ada berhubung dengan anak penulisnya, Azizi iaitu Kak Anita untuk memahami watak sebenar Aziz.

“Berdasarka­n carian dan kajian saya, Aziz adalah seorang yang lebih tegas dan keras. Kata ganti dirinya dengan ibunya juga adalah ‘aku’. Namun, untuk disesuaika­n dengan masa dan juga tayangan di TV, ada beberapa perkara diubah contohnya kata ganti diri yang lebih sesuai antara ibu dan anak,” katanya.

Bercerita mengenai watak Aziz, dia digambarka­n sebagai anak yang berdepan situasi tegang terutama dengan bapanya, Haji

Abdullah lakonan Jalil

Hamid.

“Ada keputusan Aziz yang tidak dipersetuj­ui bapanya dan itu membuatkan hubungan antara mereka sedikit tegang.

“Dengan ahli keluarga yang lain pun, hubungan mereka seperti ada jurang,” katanya.

Selain Fikry, Jalil dan Ogy, drama Ayahanda yang ditayangka­n dalam slot Lestary TV3 itu juga turut dibintangi barisan pelakon hebat lain antaranya Noorkhiria­h, Shahz Jaszle dan Hairi Safwan.

 ??  ??
 ??  ?? GANDINGAN Fikry dengan Ogy sebagai anak dan ibu.
BABAK Fikry selaku Aziz bersama bapanya, Hj Abdullah lakonan Jalil.
GANDINGAN Fikry dengan Ogy sebagai anak dan ibu. BABAK Fikry selaku Aziz bersama bapanya, Hj Abdullah lakonan Jalil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia