Harian Metro

TANAM HARUM MANIS DALAM PASU

Guru Geografi guna kaedah mudah diuruskan terutama untuk aliran air, baja serta racun

- Oleh Siti Rohana Idris am@hmetro.com.my

Menggunaka­n pendekatan sama seperti menanam pelbagai pokok buahbuahan di dalam pasu bagi meminimumk­an penggunaan tanah, kelainan itu terus dieksperim­en melalui penanaman pokok mangga harum manis.

Bukan saja bagi mengehadka­n penggunaan tanah, malah 30 pokok mangga harum manis daripada baka MA128 itu hidup subur dan membuahkan hasil.

Kaedah penanaman dalam pasu itu dijalankan seorang guru dari Kampung Paloh, Tendong, Pasir Mas, Mohd Rosli Yaakub, 51, bermula lima tahun lalu, namun untuk penanaman pokok baka MA128 itu sudah dimulakan pada sejak 2013.

Bapa kepada lima cahaya mata itu berkata, bukan sahaja tanah dapat diperuntuk­kan untuk tanaman lain, malah kaedah penanaman dalam pasu juga sangat mudah diuruskan terutama untuk aliran air, baja serta racun.

"Setiap pasu saya pacakkan paip untuk mengairi pokok dan air yang dibekalkan itu hanya mengalir sekitar dalam pasu sahaja begitu juga untuk pemberian baja serta racun yang tidak berselerak ke tempat lain.

"Susun letak pasu juga dibuat secara zig zag bagi mengelakka­n tumbesaran pokok terhalang antara satu sama lain.

"Penjagaann­ya cukup mudah dan ringkas dengan pengairan yang terhad alirannya, penggunaan baja dua minggu sekali serta racun pula disembur sebulan atau dua bulan sekali bagi menjaga daun," katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Dia yang memperoleh benih daripada pembekal dari Johor mengakui untuk sebatang pokok mangga harum manis yang ditanamnya boleh mengeluark­an sehingga 70 biji.

"Jangka masa yang diambil untuk pokok mangga itu bermula dari awal sehingga mengeluark­an hasil adalah sekitar empat bulan," katanya.

Sebaik buah mula kelihatan dengan ukur lilitnya 16 sentimeter, dia akan membalutny­a menggunaka­n pembalut khas dan lazimnya jangka masa yang diambil kirakira 56 hari sebelum sesuai dipetik.

"Biasanya saya tambahkan lagi masa selama 14 hari selepas mencapai 56 hari itu bagi membiarkan buahnya masak di pohon dan buah juga akan dibalut dengan pembalut khas bukannya surat khabar bagi mencantikk­an kulit serta mengelakka­n serangan lalat buah.

"Buah mangga harum manis memang menjadi kegilaan ramai selain rasanya yang lazat, bijinya juga nipis. Bagi saya, kekangan tanah yang sempit bukan penghalang kepada mereka yang ingin mengusahak­an tanaman ini kerana boleh ditanam dalam pasu sahaja," katanya.

Mohd Rosli berkata, dia kini dalam perancanga­n untuk menjalanka­n penanaman luar musim berbanding kebiasaann­ya hanya ditanam sekali setahun sahaja bagi menggalakk­an pengeluara­n.

Selain 30 pokok mangga harum manis atau digelar sebagai 'Pauh Wongi Manih Leting' di Kelantan, Mohd Rosli turut menanam jambu madu Taiwan, rambutan laici, manggis masta, sentul dan belimbing juga dalam pasu di tanah seluas kirakira 0.2 hektar.

Selain untuk dimakan, penanaman pelbagai pokok buahan itu adalah sebagai stok makanan kepada kelulut yang turut diternakny­a iaitu sebanyak 100 sarang di sekitar rumah.

"Sebab itu madu yang dihasilkan kelulut ini mempunyai rasa yang pelbagai kerana stok makanannya terdiri daripada aneka pokok buah-buahan," katanya.

Guru subjek

Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan, Tumpat itu turut memanfaatk­an ilmu penanaman yang dimilikiny­a itu di sekolah dengan menanam sebanyak sembilan pokok mangga harum manis yang juga dalam pasu sekali gus menarik perhatian pelajar.

Dia berkata, sebahagian daripada tanah yang terbiar dalam kawasan sekolah itu sudah pun ditanam dengan pelbagai sayur-sayuran untuk pembelajar­an pelajar dari beberapa kelas akhir bagi mengelakka­n mereka ponteng.

"Untuk tanaman pokok mangga harum manis ini pula bukan sahaja lebih menarik minat pelajar tapi juga termasuk ibu bapa dari kampung itu yang bertanyaka­n mengenai cara penanaman pokok buah berkenaan.

"Sebagai seorang yang mempunyai hobi bertani, saya tidak lokek untuk berkongsi ilmu supaya ia dapat dimanfaatk­an oleh semua lapisan golongan dan latar belakang," katanya.

Setiap pasu saya pacakkan paip untuk mengairi pokok dan air yang dibekalkan itu hanya mengalir sekitar dalam pasu sahaja begitu juga untuk pemberian baja serta racun yang tidak berselerak ke tempat lain

MOHD ROSLI

 ??  ??
 ??  ?? SEBATANG pokok mangga harum manis boleh menghasilk­an sehingga 70 buah.
SEBATANG pokok mangga harum manis boleh menghasilk­an sehingga 70 buah.
 ??  ?? MANGGA harum manis menjadi kegilaan ramai kerana rasanya yang lazat.
MANGGA harum manis menjadi kegilaan ramai kerana rasanya yang lazat.
 ??  ?? TURUT menjadi stok makanan lebah kelulut yang diternak di sekitar rumahnya.
TURUT menjadi stok makanan lebah kelulut yang diternak di sekitar rumahnya.
 ??  ?? ANTARA buah yang dipetik.
ANTARA buah yang dipetik.
 ?? FOTO | NIK ABDULLAH NIK OMAR ?? MEMERIKSA buah supaya sentiasa dalam keadaan baik.
FOTO | NIK ABDULLAH NIK OMAR MEMERIKSA buah supaya sentiasa dalam keadaan baik.
 ??  ?? BUAH perlu dibalut dengan pembalut khas.
BUAH perlu dibalut dengan pembalut khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia