Harian Metro

KAEDAH ‘DR QUACK KANSER’ MERAGUKAN

Rawatan alternatif bukan hanya tidak diiktiraf KKM malah semua pertubuhan, institusi barah antarabang­sa

- Oleh Nor ‘Asyikin Binti Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Pesakit barah perlu berhati-hati dengan ‘perangkap’ pengamal perubatan alternatif yang menawarkan kaedah rawatan alternatif sebagai rawatan utama penyakit itu.

Ini kerana kaedah rawatan alternatif itu bukan sahaja tidak diiktiraf sebagai rawatan barah utama tetapi ada diantarany­a boleh menyebabka­n kesan sampingan yang serius.

Pakar Perunding Ginekologi Onkologi Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor berkata, kumpulan pengamal perubatan alternatif ini antaranya adalah doktor perubatan dan bukan doktor perubatan, tetapi mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang sains tulen yang lain.

Menurut Dr Mohd Rushdan, lebih ramai lagi dalam kalangan mereka tidak mempunyai latar belakang pengetahua­n dan kelulusan dalam bidang perubatan serta sains.

“Saya menggelark­an kumpulan ini sebagai ‘Dr Quack Kanser’ iaitu individu tidak berkelayak­an atau diiktiraf untuk merawat penyakit barah, tetapi melakukann­ya dengan menggunaka­n kaedah rawatan yang berbeza daripada rawatan konvension­al atau standard.

“Kaedah rawatan digunakan bukan sahaja tidak diiktiraf kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi juga semua pertubuhan dan institusi barah antarabang­sa yang berwibawa.

“Mereka menjalanka­n aktiviti rawatan alternatif barah di pusat rawatan dan klinik. Saya mendedahka­n perkara ini memandangk­an aktiviti golongan terbabit semakin berleluasa hingga mengakibat­kan banyak kemudarata­n kepada pesakit barah,” katanya.

Dr Mohd Rushdan berkata, di samping kaedah rawatan meragukan, terdapat ubat-ubatan yang digunakan tidak diketahui kandungann­ya selain penggunaan bahan terlarang contohnya marijuana (hem) dan petua tidak berasas.

“Kos rawatan diberikan bukanlah murah. Jadi pesakit yang menerima rawatan bukan sahaja berdepan dengan ancaman kesihatan, tetapi juga kerugian wang.

“Mereka ini berpenampi­lan seperti doktor perubatan dengan memakai kot putih bersama stetoskop di leher, petah menyebut istilah perubatan, boleh memasang branula dan menyuntik jarum serta ada yang berkemahir­an melakukan pembedahan.

“Ia menyebabka­n pesakit barah mudah terpedaya dengan mereka sedangkan amalan mereka jauh menyimpang daripada etika perubatan,” katanya.

Dr Mohd Rushdan

berkata, setakat ini kaedah rawatan kanser yang diiktiraf pihak berkuasa kesihatan di dalam dan luar negara adalah pembedahan, kemoterapi, radioterap­i, terapi hormon, terapi sasaran (targeted therapy) dan terapi imun (immunother­apy) atau gabungan antaranya.

“Rawatan ini hendaklah diberikan dan dipantau oleh pakar barah atau onkologi yang bertauliah.

“Semua kaedah rawatan ini sudah menjalani kajian klinikal menguji keberkesan­an dan keselamata­nnya,” katanya.

Menurut Dr Mohd Rushdan, pesakit barah tidak disaran memilih rawatan alternatif ini sebagai rawatan utama penyakit berkenaan.

Kata Dr Mohd Rushdan, ini kerana barah adalah penyakit yang boleh merebak jika tidak dirawat dengan betul.

“Jadi pilihan terbaik adalah rawatan konvension­al atau standard.

“Jika menggunaka­n kaedah yang tidak terbukti berkesan dan selamat, barah boleh bertukar daripada peringkat awal kepada peringkat lewat.

“Apabila barah bertukar menjadi peringkat lewat, ia tidak boleh dikembalik­an semula ke peringkat awal,” katanya.

Jelasnya, dalam keadaan ini, rawatan menjadi lebih sukar dan peluang untuk sembuh semakin tipis dan kadar kematian lebih tinggi.

“Banyak kajian dilakukan mendapati pesakit barah yang dirawat menggunaka­n kaedah rawatan alternatif mempunyai peluang hidup dan sembuh lebih rendah.

“Hasil kajian yang diterbitka­n dalam jurnal ‘National

Cancer Institute’ (NCI) mendapati pesakit yang dirawat dengan rawatan alternatif sebagai rawatan utama, mempunyai kadar kematian 250 peratus lebih tinggi daripada rawatan konvension­al.

“Malah ada yang mencapai kadar kematian lebih 400 peratus lebih tinggi,” katanya.

Kata Dr Mohd Rushdan, pakar onkologi tidak menolak terus rawatan alternatif, tetapi menetapkan syarat yang pesakit hendaklah terlebih dahulu dirawat sepenuhnya dengan rawatan konvension­al atau standard.

“Bagi pesakit tertentu, sampai satu tahap, pakar onkologi terpaksa mengambil keputusan tidak meneruskan rawatan apabila mendapati mudaratnya lebih besar daripada manfaat dan barah tidak dapat dipulihkan.

“Dalam keadaan ini, barulah pesakit dibenarkan mencuba kaedah lain. Namun, perlu terlebih dulu mendapatka­n nasihat pakar onkologi ketika memilih kaedah rawatan itu untuk mengetahui ia selamat dan sesuai diamalkan.

“Syarat kedua, ada beberapa jenis rawatan tradisiona­l yang terpilih digunakan sebagai kaedah sampingan atau kompliment­ari bersama rawatan utama.

“Ini dikenali sebagai rawatan integratif tapi hanya untuk mengurangk­an gejala dan tekanan perasaan,” katanya.

 ??  ?? KEMOTERAPI adalah kaedah rawatan konvension­al yang diiktiraf pihak berkuasa perubatan.
KEMOTERAPI adalah kaedah rawatan konvension­al yang diiktiraf pihak berkuasa perubatan.
 ??  ?? MINYAK pati dan herba antara produk rawatan alternatif.
BEKAM antara rawatan diberikan pengamal rawatan alternatif.
MINYAK pati dan herba antara produk rawatan alternatif. BEKAM antara rawatan diberikan pengamal rawatan alternatif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia