Harian Metro

‘JANGAN NAFIKAN PELUANG RAIH EMAS’

-

Harian Metro (HM): Selain berbasikal trek, terjun dan badminton, adakah Datuk Seri dapat melihat sukan lain sebagai prospek pingat?

Reezal Merican (RM): Secara realistik ia datang daripada tiga sukan itu. Tapi kadang-kadang sukan lain boleh membuat kejutan seperti memanah. Bila beraksi di Olimpik, ia adalah sesuatu yang bersejarah kepada atlet dan mereka perlu lakar pencapaian peribadi sendiri. Ada pencapaian yang tidak semestinya menang pingat. Pecah rekod kebangsaan adalah satu pencapaian. Begitu juga dapat memperbaik­i ranking. Jadi, kita perlu bersikap realistik dan saya mahu mereka mencapai sejarah peribadi.

HM: Jika edisi kali ini Malaysia masih belum mampu meraih emas, adakah Datuk Seri berasakan masih belum masanya lagi untuk ia tercapai atau ada rasa terkilan?

RM: Sebelum ini saya diberitahu untuk melihat kejayaan memenangi pingat emas jangan lihat kepada Sukan Olimpik 2020. Ada yang mengatakan Paris 2024. Tapi pada saya, kita masih ada kesempatan. Saya tak mahu nafikan kesempatan yang ada. Kita ada atlet seperti Azizulhasn­i Awang. Jika tengok kepada fokusnya sekarang, dia mencabar dirinya sendiri dan sebelum pandemik, dia memenangi 14 daripada 20 kejohanan disertai. Jelas di situ kita nampak kesungguha­n aksi atlet negara. HM: Jika kali ini kita masih tak mampu memenangi pingat emas dengan barisan atlet berpengala­man dan berusia seperti Azizul, adakah tiga tahun lagi kita mampu memperoleh peluang sebaik sekarang?

RM: Saya tidak bersetuju dengan pandangan itu, Saya pernah pergi ke Velodrom (Nasional) melihat sesi simulasi dan barisan pelapis cukup ramai. Di BAM (Persatuan Badminton Malaysia) juga kita sudah melihat kejayaaan mereka. Cuma me(ke reka tak layak

Olimpik). Tapi saya yakin dalam tempoh akan datang, sukan yang

menjadi prospek mempunyai barisan pelapis yang ramai. Dalam soal ini, saya tak nampak kita akan ketandusan pelapis.

HM: Badminton dan berbasikal memang nampak ada pelapis tetapi tidak dalam acara terjun. Adakah akan ada langkah tertentu untuk melahirkan pelapis atlet terjun negara?

RM: Saya harap program pembanguna­n yang bermula di zaman Khairy Jamaluddin (Abu Bakar) dapat diperluask­an termasuk terjun. Malah, saya sudah bentangkan kepada Kementeria­n Kewangan bahawa sukan seperti

ini memerlukan pelaburan. Keduanya kepada sukan yang boleh menawarkan pingat yang banyak. Olahraga dan akuatik apabila dicampur dua menawarkan hampir 90 pingat. Adalah tidak adil kalau tidak ada program pembanguna­n sukan yang dapat menawarkan pingat yang banyak.

HM: Adakah kontinjen kali ini mampu mengatasi pencapaian di Rio?

RM: Kita kena realistik dan sederhana dalam sasaran pingat yang nak dicapai. Dalam kekangan atlet kita sukar menjalani latihan dan tak mampu menyertai kejohanan yang boleh meningkatk­an prestasi mereka, memang ada kesan. Benar apa yang dicapai di Rio dengan empat perak dan satu gangsa adalah pencapaian terbaik (kontinjen negara setakat ini. Kali ini, kita kena seimbangka­n realisdan tik keadasemas­a.

HM: Banyak rasa kebimbanga­n untuk Olimpik kali ini. Bagaimana Datuk Seri melihat atlet melalui semua cabaran ini?

RM: Sebenarnya persiapan ini bukan baru tapi dah mula sejak 16 bulan lalu. Antara kehidupan mereka (attidak let) dan kita sangat berbeza.

Ada antara mereka dimasukkan dalam gelembung sukan dan dibenarkan untuk keluar. Bayangkanl­ah dulu apabila atlet menjalani latihan, pada hujung minggu boleh berjumpa keluarga, tapi sekarang tak boleh. Kadang-kadang mereka mencapai tahap kebosanan yang amat tinggi. Jadi, kekuatan mental mereka ini sudah teruji. Memanglah nak pergi (Tokyo) ada rasa risau, saya pun begitu juga. Tapi saya sentiasa ingatkan adalah lebih baik untuk berasa risau sebagai langkah lebih berjaga-jaga.

HM: Adakah menguruska­n 30 atlet kali ini untuk ke Tokyo lebih sukar berikutan pandemik Covid-19?

RM: Saya akui memang sukar. Saiz kontinjen kita tidaklah jauh beza dengan di Rio, London (2012) dan Beijing (2008). Cuma persiapan kali ini memang berbeza berbanding sebelum ini. Semua perlu dilakukan dengan penuh terperinci. Contohnya saya sudah pergi ke KLIA (Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur) melihat sendiri betapa ketatnya persiapan untuk atlet negara berlepas. Saya yakin atlet akan dapat merasai bagaimana mereka diambil berat dan dijaga dengan rapi.

RM: Kita tak boleh nak halang jika keputusan bersara itu didorong perkara yang tak boleh dielakkan. Paling penting mungkin semangat mereka itu boleh diperturun­kan kepada generasi atlet seterusnya sebagaiman­a dilakukan (Datuk) Lee Chong Wei.

Ada pencapaian yang tidak semestinya menang pingat Reezal

 ??  ?? SEBAHAGIAN wira wirawati negara yang menabur bakti di Olimpik Rio.
SEBAHAGIAN wira wirawati negara yang menabur bakti di Olimpik Rio.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia