Harian Metro

ANAK TEMPATAN HILANG TARING

Safee anggap lambakan awang import punca penyerang tulen tempatan kurang menyerlah

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@ hmetro.com.my

Lambakan penyerang import dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) ketika ini menyebabka­n pemain tempatan khususnya di posisi penyerang tidak mendapat tempat atau peluang sewajarnya untuk memperagak­an sentuhan mereka.

Malah, ketiadaan had atau limit buat kuota ‘ayam tambatan luar’ menyaksika­n senario itu bertambah buruk di mana anak tempatan dilihat hilang minit permainan sekaligus memberi kesan kepada skuad kebangsaan.

Situasi itu diakui bekas penyerang negara, Safee Sali yang mengakui tiada seorang pun pemain tempatan yang boleh dilabelkan sebagai penyerang tulen sebenar ketika ini.

Menjawab persoalan peminat di ruang Story Instagram miliknya, bekas pemenang Kasut Emas Piala AFF 2010 itu berkata, masalah utama penyerang tempatan adalah ketiadaan minit permainan.

“Tiada tempat dan minit yang secukupnya di dalam liga kita sendiri,” tulisnya selain menambah, Harus ada limit. Kena ada sistem perancanga­n untuk memberi ruang kepada bakat tempatan,” katanya.

Jawabnya lagi, pemain tempatan dilihat lebih menyerlah di bahagian sayap kerana ketika ini posisi itu jarang didominasi tonggak import.

“Tiada (tiada penyerang tempatan). Sekarang ramai sayap yang kerap menjaringk­an gol. Sebab posisi itu jarang ada pemain import,” katanya.

Untuk rekod, senarai lima penjaring terbanyak Liga Super didominasi pemain import iaitu Ifedayo Omosuyi dengan 13 gol dari pasukan Selangor FC, diikuti Bergson da Silva (JDT 11 gol), Kpah Sherman (Kedah 9 gol), Casagrande (Penang FC 7 gol) dan Paulo Josue (KL City 7 gol).

Begitupun, kedudukan itu amat jauh dengan penjaring tempatan di mana jaringan paling banyak diraih Amri Yahyah (Sabah FC), Baddrol Bakhtiar (Kedah) dan Hakimi Abdullah (Terengganu FC) dengan masing-masing meledak empat gol setakat ini.

Nasib sama turut dikongsi penyerang naturalisa­si dari Brazil, Guilherme De Paula yang hanya mencetak empat gol ketika bersama Perak FC sebelum berpindah ke JDT pada jendela perpindaha­n kedua pemain Mei lalu.

Jelas Safee lagi, untuk meraih kepercayaa­n jurulatih bagi memberi peluang kepada penyerang tempatan adalah dengan perlu berusaha menjaringk­an sebanyak gol bermula dalam latihan.

“Kena jaringkan gol dengan banyak. Waalupun dalam latihan mahupun dalam perlawanan persahabat­an. Biar jurulatih itu percaya pemain tempatan juga boleh,” katanya.

Harus ada ‘limit’. Kena ada sistem perancanga­n untuk memberi ruang kepada bakat tempatan”

Safee

 ??  ?? SAFEE anggap penyerang tempatan tidak cukup minit permainan jika dibandingk­an dengan penggempur import.
SAFEE anggap penyerang tempatan tidak cukup minit permainan jika dibandingk­an dengan penggempur import.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia