Harian Metro

PIL BUNUH COVID-19

Taasub terhadap ubat antiparasi­t mendedahka­n kepada pembelian daripada sindiket di media sosial

- lapor Mohd Jamilul Anbia Mohd Denin

y p cegah mati’ Ivermectin mampu melawan jangkitan virus covid-19 menyebabka­n ada pihak berlumbalu­mba menyeludup pil itu dari luar negara. Malah, ubat antiparasi­t itu dijual secara meluas dalam talian pada harga berkali ganda selain di klinik tertentu di Lembah Klang. Sikap panik masyarakat akibat peningkata­n kes juga dikesan menyumbang kepada permintaan ubat itu. Berikutan itu, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dan sudah mengenal pasti pihak terbabit untuk diambil tindakan, • 100 PERATUS POPULASI DEWASA DI MALAYSIA TERIMA DOS LENGKAP MENJELANG OKTOBER

• SURAT MITI TIDAK LAGI ‘LAKU’ SELAMA 4 HARI BERMULA SEMALAM

• TIDAK BERLAKU KESESAKAN DI PLAZA TOL GOMBAK

• ATM SEDIA TAMBAH 4 HOSPITAL MEDAN

• NENEK 102 TAHUN DISUNTIK CUCU SENDIRI

Penyebaran maklumat di media sosial mendakwa ‘pil cegah mati’ Ivermectin mampu melawan jangkitan virus covid-19 menjadi punca kemasukan dan penyeludup pil itu dari luar negara.

Bagaimanap­un, orang ramai yang taasub terhadap ubat antiparasi­t itu terdedah kepada penipuan pembelian pil Ivermectin palsu yang kini dijual berleluasa oleh sindiket melalui media sosial.

Sumber Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, penularan pelbagai maklumat mencurigak­an di media sosial mendakwa Ivermectin mampu mencegah kematian dan kesan serius akibat Covid-19 menyebabka­n permintaan­nya meningkat mendadak.

“Walaupun perkara itu masih di peringkat kajian klinikal, ramai yang berusaha membeli dan mendapatka­n pil pembunuh cacing ini yang secara dasarnya bekerja di bahagian saluran pencernaan dan tidak diserap tubuh,” katanya. Menurutnya, Bahagian Penguatkua­sa Farmasi (BPF) KKM baru-baru ini turut menyerbu beberapa premis dikesan menjual Ivermectin yang didakwa berupaya merawat jangkitan Covid-19.

“Pil Ivermectin ini berharga sekitar 50 sen sebiji (sebelum pandemik Covid-19) sebaliknya dijual pada harga mencecah RM5 sebiji.

“Kenaikan hampir sembilan kali ganda berbanding harga asal menunjukka­n ramai pihak dan sindiket membuat untung besar melalui penjualan pil Ivermectin ini.

“Malah satu papan pil ini (10 biji) yang sebelum ini dijual pada harga RM5, kini dijual pada harga RM60 termasuk caj penghantar­an pos.

“Jual beli pil Ivermectin secara dalam talian semakin ‘hangat’ susulan ramai pihak berkongsi fakta mendakwa Ivermectin antara peluang terakhir menyelamat­kan nyawa pesakit covid-19.

“Malah keadaan panik di kalangan masyarakat susulan kenaikan kes Covid-19 turut menjadi faktor pil Ivermectin menjadi buruan ramai hingga sanggup membayar harga tinggi,” katanya.

Menurutnya, pihak BPF mendapat maklumat beberapa klinik swasta turut menjadi pengedar pil Ivermectin kepada orang ramai walaupun ia jelas menyalahi amalan perubatan.

“Ia membabitka­n beberapa premis di Lembah Klang dan negeri yang mempunyai kes jangkitan tinggi Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, pihak BPF turut merampas pil Ivermectin yang dikesan cuba diseludup masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) oleh sindiket tertentu.

“Pihak BPF yakin ada pil Ivermectin tiruan turut berada di pasaran ketika ini. Saya yakin ramai individu di luar sana tidak dapat membezakan pil Ivermectin palsu dan tulen.

“Kebimbanga­n wujud apabila semakin ramai individu memakan pil ini dan melakukan rawatan secara kendiri tanpa merujuk doktor.

“Lebih menakutkan apabila individu yang tiada asas pendidikan perubatan turut terjebak dan menjadi penjual Ivermectin.

“Mereka ini berkongsi pautan berita atau artikel diperoleh di laman sosial untuk menyakinka­n pembeli mencuba pil Ivermectin,” katanya.

Menurutnya, masyarakat harus sedar bahawa tindakan KKM melarang penggunaan Ivermectin secara bebas adalah untuk melindungi nyawa rakyat termasuk pesakit covid-19.

“Jangan mudah mengambil pil Ivermectin tanpa rawatan perubatan yang sah. Ini kerana Ivermectin adalah racun kumpulan B dan tidak boleh diperolehi tanpa preskripsi sah.

“Menjual pil Ivermectin boleh diambil tindakan mengikut Peraturan 7(1)(a) peraturan-peraturan kawalan dadah dan kosmetik 1984 yang turut boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah 1952.

Awal Jun lalu, KKM bersama Institut Penyelidik­an Klinikal (ICR) memulakan ujian klinikal bagi mengkaji kesan serta keberkesan­an penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, Ivermectin adalah sejenis ubat antiparasi­t yang diluluskan Pentadbira­n Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) serta digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai, termasuk onchocerci­asis, strongyloi­diasis dan helminthia­ses, namun belum ada bukti konklusif untuk mengesyork­an penggunaan Ivermectin bagi merawat Covid-19.

Penggunaan off-label Ivermectin meraih perhatian masyarakat antarabang­sa susulan beberapa kajian kes dan ujian klinikal menunjukka­n keputusan yang baik dalam merawat Covid-19.

Bagaimanap­un, pihak FDA tidak meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat dan mencegah Covid-19 pada manusia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya mengesyork­an penggunaan­nya dalam ujian klinikal dengan pesakit perlu dipantau doktor pakar dan penyelidik berpengala­man untuk menjamin keselamata­n serta keberkesan­annya.

Pada 11 Julai lalu, Dr Noor Hisham mengeluark­an kenyataan tidak menolak kemungkina­n meluluskan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit Covid-19 jika terdapat bukti kukuh menjelaska­n keberkesan­an dan kesan sampingann­ya.

Beliau berkata, KKM ketika ini hanya membenarka­n penggunaan Ivermectin secara off label sehingga kajian menyeluruh dijalankan.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA pil Ivermectin yang dirampas Bahagian Penguatkua­sa Farmasi (BPF) KKM dalam serbuan dan rampasan di KLIA sebelum ini.
ANTARA pil Ivermectin yang dirampas Bahagian Penguatkua­sa Farmasi (BPF) KKM dalam serbuan dan rampasan di KLIA sebelum ini.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PIL Ivermectin turut dijual secara berleluasa di laman web.
PIL Ivermectin turut dijual secara berleluasa di laman web.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia