Harian Metro

HANTARAN GAMBAR KUBUR PELEPAS RINDU

Ketua kampung tunai permintaan waris mangsa tragedi MH17

- Oleh Ahmad Ismail am@hmetro.com.my

Tindakan Ketua Kampung Kenangan Batu Anam, Kamarudin Sarip, 57, menunaikan permintaan waris yang mahu melepaskan kerinduan melihat pusara orang tersayang biarpun hanya menghantar imej sahaja, menarik perhatian.

Menurutnya, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabka­n waris tidak dapat pergi menziarah dan dia menggunaka­n aplikasi WhatsApp bagi memberi peluang kepada mereka berbuat demikian.

“Antara pusara itu adalah membabitka­n mangsa tragedi Penerbanga­n Malaysia (MAS) MH17, Hasni Hardi Parlan yang meninggal pada 17 Julai 2014. Cukuplah sekadar mendoakan kepada mereka yang sudah tiada. Harap waris bersabar dan pastinya dapat menziarah pusara semula selepas PKP tamat nanti.

“Imej pusara akan dihantar melalui WhatsApp kepada waris atas permintaan. Pusara Hasni memang menjadi tumpuan kerana selain waris, kenalan arwah yang terdiri daripada berbilang kaum turut membuat permintaan yang sama.

“Mungkin disebabkan sifat arwah yang ‘ringan mulut’ menyebabka­n dia selalu diingati ramai,” katanya.

Kamarudin berkata, petugas sentiasa memastikan Tanah Wakaf Perkuburan Paya Luas itu dalam keadaan bersih.

Sabtu lalu, genap tujuh tahun peristiwa MH17 ditembak jatuh ketika dalam penerbanga­n dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara Timur Ukraine, tujuh tahun lalu dan menyebabka­n Hasni serta 297 individu lagi terkorban.

Sementara itu Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Noh Gadut berkata, sebaik-baiknya bukan sahaja menghantar gambar melalui WhatsApp atau sebarang peranti namun turut mengingatk­an waris supaya sentiasa sedekah ayat suci al-Quran kepada arwah.

“Tiada salahnya mengirimka­n gambar serta bersangka baik dengan tiada tujuan khurafat dilakukan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ALLAHYARHA­M Hasni antara mngsa tragedi MH17.
ALLAHYARHA­M Hasni antara mngsa tragedi MH17.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia