Harian Metro

28 KANTOI TERBABIT PARTI LIAR

-

Kuala Lumpur: Sewa kondominiu­m mewah untuk berhibur. Itu budaya baharu dilakukan segelintir individu untuk melepaskan gian ke disko susulan semua premis hiburan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kegiatan itu terbukti susulan penahanan seramai 16 lelaki dan 12 wanita ditahan selepas terbabit dalam parti liar di sebuah kediaman mewah, di Jalan Pudu, di sini, awal pagi, semalam.

Serbuan dijalankan pada jam 1 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, yang menerima maklumat aktiviti itu di satu unit kediaman di tingkat 36, residensi berkenaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata, ketika serbuan, seramai 28 pengunjung individu berusia antara 27 hingga 63 tahun sedang berhibur meraikan hari jadi seorang wanita yang dianjurkan suaminya.

“Hasil serbuan, polis menemui dadah jenis ketamin dipercayai digunakan sebahagian pengunjung yang dijemput suami wanita terbabit serta rakan kepada isterinya.

“Satu daripada tiga bilik tidur dalam unit kediaman itu dijadikan tempat mereka menari dilengkapi lampu disko,” katanya.

Difahamkan, kediaman itu disewa dengan harga RM300 semalam, dan semua pengunjung dijemput melalui aplikasi WhatsApp.

Nasri berkata, pihaknya turut menemui kondom yang digunakan pengunjung disyaki melakukan aktiviti maksiat dalam kalangan tetamu yang hadir.

“Berdasarka­n saringan air kencing oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, tujuh lelaki dan empat wanita didapati positif dadah.

“Polis juga mengambil tindakan terhadap pemilik unit kediaman dan pengurusan residensi berkenaan yang membiarkan aktiviti parti liar ini berlangsun­g ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, semua individu terbabit ditahan dan dikenakan kompaun mengikut Seksyen 22, Perintah Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit, Akta 342, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 15 (1)(a) akta yang sama.

16 lelaki dan 12 wanita ditahan selepas terbabit dalam parti liar

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA yang ditahan berhibur pada majlis hari jadi di sebuah kondominiu­m di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, semalam.
ANTARA yang ditahan berhibur pada majlis hari jadi di sebuah kondominiu­m di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia