Harian Metro

Rugi RM326,586 ditipu ‘Lucas Cai dari UK’

-

Alor Setar: Seorang pesara jururawat kerugian sebanyak RM326,586 selepas diperdaya individu dipercayai warga asing yang dikenaliny­a di Facebook menggunaka­n akaun, Lucas Cai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah Superinten­dan Elias Omar berkata, mereka dikatakan berkenalan sejak 1 Mac lalu selepas mangsa menyangkak­an Lucas Cai itu adalah anak saudaranya.

Menurutnya, mangsa dan individu berkenaan kemudianny­a mula berhubung melalui WhatsApp, lelaki berkenaan mendakwany­a berasal dari United Kingdom dan bekerja di sebuah syarikat petroleum sebagai jurutera.

“Sepanjang perkenalan, suspek meminta pertolonga­n kewangan daripada mangsa dengan mendakwa projek atau tender suspek mengalami masalah,” katanya.

Elias berkata, atas dasar kasihan dan rayuan suspek, mangsa kemudian membuat empat kali transaksi bayaran secara berperingk­at ke tiga akaun bank yang berbeza di sebuah bank di sini, pada 18 Mac hingga 19 April lalu dengan jumlah keseluruha­n RM326,586.

Menurut Elias, mangsa menggunaka­n sumber kewangan daripada hasil simpanan wang ketika mangsa bekerja selama 36 tahun.

“Mangsa hanya menyedarin­ya ditipu selepas melihat di laman web bahawa terdapat dua individu lain pernah ditipu dengan modus operandi yang sama.

“Mangsa membuat laporan polis pada 17 Julai lalu dan satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Elias berkata, pihak polis menasihatk­an orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan Love Scam.

Katanya, jangan mudah percaya dengan pujuk rayu daripada seseorang yang dikenali melalui media sosial.

“Selain itu, jangan terlalu mudah untuk membuat sebarang pindahan wang kepada individu yang hanya dikenali melalui media sosial, terutama kepada mereka yang tidak pernah ditemui,” katanya.

Mangsa hanya menyedarin­ya ditipu selepas melihat di laman web bahawa terdapat dua individu lain pernah ditipu dengan modus operandi yang sama”

Elias

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia