Harian Metro

100% dapat dos lengkap

Sasaran untuk populasi dewasa Oktober depan

- Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Seratus peratus populasi dewasa di Malaysia menerima dos lengkap vaksin Covid-19 menjelang Oktober depan.

Ia susulan tindakan yang diambil kerajaan untuk mempercepa­tkan sasaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick), susulan penemuan varian baharu Covid-19 yang lebih ganas dan kes positif yang meningkat mendadak.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mengikut jadual asal, 80 peratus rakyat Malaysia menerima dos lengkap vaksin menjelang suku pertama 2022.

Bagaimanap­un, katanya, sasaran ini dipercepat­kan ke Disember depan.

“Kerajaan juga menyasarka­n 100 peratus populasi dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada 1 Ogos ini.

“Selain itu, hampir semua negeri mencatatka­n kadar vaksinasi melebihi 50 peratus pada akhir Ogos ini, diikuti peningkata­n kepada 70 peratus menjelang September.

“Sementara itu, kerajaan turut menyasar mencapai kadar suntikan 500,000 dos sehari,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook rasmi, semalam.

Muhyiddin berkata, kerajaan menempah lebih 76.1 juta dos vaksin iaitu 70 peratus Pfizer, 23.4 peratus Sinovac, 10 peratus Astrazanec­a, 10.9 peratus CanSino dan 10 peratus daripada fasiliti Covax.

Katanya, setakat ini Malaysia menerima 20 juta dos dari keseluruha­n jumlah vaksin ditempah.

“Dijangkaka­n kita menerima jumlah keseluruha­n 30 juta dos pada akhir bulan ini, 40 juta dos pada Ogos, 53 juta dos pada September dan 58 juta dos pada Oktober.

“Baki selebihnya diterima antara November 2021 hingga Januari 2022,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia