Harian Metro

153 kematian tertinggi dicatatkan semalam

-

Kuala Lumpur: Sejumlah 153 kematian dicatatkan semalam iaitu angka tertinggi sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

Bagaimanap­un jumlah kes baharu Covid-19 semalam menurun berbanding kelmarin apabila mencatatka­n 10,710 kes menjadikan keseluruha­n kes direkodkan setakat ini 916,561 kes.

Kelmarin, negara mencatatka­n 12,528 kes baharu Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih kekal negeri tertinggi iaitu 4,985 kes diikuti Kuala Lumpur (945), Johor (808), Negeri Sembilan (771) dan Kedah (696).

“Sabah merekodkan 666 kes baharu, Perak (407), Pahang (369), Melaka (289), Pulau Pinang (295) dan Sarawak (261).

“Manakala Kelantan mencatatka­n 146 kes, Terengganu (123), Labuan (50), Putrajaya (51) dan Perlis

(5),” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Katanya, 10,698 kes membabitka­n penularan tempatan iaitu 8,579 warganegar­a dan 2,119 bukan warganegar­a selain 12 kes import.

“Kes aktif Covid-19 dengan kebolehjan­gkitan adalah 124,593 kes.

“Seramai 909 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 445 daripadany­a memerlukan alat bantuan pernafasan manakala kes sembuh merekodkan 5,778 kes,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, 153 kematian dilaporkan semalam membabitka­n 82 kes di Selangor, 17 kes di Kuala Lumpur, 14 di Negeri Sembilan, 10 di Johor, lapan di Kedah, enam di Pahang, lima kes di Melaka, masing-masing dua kes di Sabah, Pulau Pinang dan Putrajaya serta masing-masing satu kes di Terengganu, Sarawak, Kelantan, Perak dan Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia