Harian Metro

‘HENTI TULAR BENDA TAK BETUL’

PDRM nafi berlaku kesesakan di Plaza Tol Gombak menjelang sambutan Aidiladha

- Oleh Faris Fuad faris.fuad@bh.com.my

Aliran trafik di lebuh raya dekat Plaza Tol Gombak kedua-dua arah bergerak lancar dan terkawal setakat ini, sekali gus menafikan dakwaan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung menjelang sambutan Aidiladha esok.

Bagaimanap­un, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, hasil pemantauan, pihaknya mendapati berlaku sedikit kesesakan pada hujung minggu dekat plaza tol itu dari Bentong menghala ibu negara.

Katanya, kesesakan itu adalah perkara biasa susulan pemeriksaa­n secara ketat dan teliti terhadap pengguna jalan raya melalui sekatan jalan raya (SJR).

“Kesesakan itu kira-kira 700 hingga 800 meter, namun ia perkara biasa kerana ada pemeriksaa­n di SJR. Mungkin ada penambahan 10 hingga 20 peratus kenderaan pada hari minggu berbanding hari biasa.

“SJR dari Gombak menghala ke Bentong tidak dibuat kerana terdapat satu sekatan di sempadan negeri dekat Bentong. Dalam hal ini, kita tidak akan berkomprom­i dengan mereka yang masih ingkar arahan kerajaan.

“Macam pagi tadi (semalam), kita keluarkan satu kompaun bernilai RM1,500 terhadap pengguna kenderaan kerana membawa muatan melebihi kapasiti dibenarkan,” katanya ketika ditemui pemberita dekat Plaza Tol Gombak, di sini, semalam.

Zainal Mohamed menasihatk­an orang ramai supaya tidak menularkan maklumat palsu berkaitan keadaan trafik kononnya sesak terutama di Plaza Tol Gombak menjelang sambutan Aidiladha.

“Hentikan perbuatan menularkan perkara tidak betul. Majoriti yang lalu kawasan ini mempunyai surat termasuk urusan ambil suntikan vaksin dan kecemasan seperti kematian, maka tidak timbul isu pulang ke kampung.

“Kita tidak mahu wujud situasi panik dalam kalangan masyarakat yang sedang berhadapan penularan Covid-19,”

katanya.

 ??  ?? LEBUH RAYA menuju ke pantai timur lengang, tetapi yang menghala ke Kuala Lumpur sesak dipercayai akibat sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak ketika tinjauan menjelang sambutan Aidiladha yang akan disambut esok.
LEBUH RAYA menuju ke pantai timur lengang, tetapi yang menghala ke Kuala Lumpur sesak dipercayai akibat sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak ketika tinjauan menjelang sambutan Aidiladha yang akan disambut esok.
 ??  ?? ZAINAL
ZAINAL
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia