Harian Metro

Surat Miti ‘tak laku’ empat hari

-

Jempol: Surat Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (Miti) tidak lagi ‘laku’ apabila kerajaan memutuskan larangan pergerakan rentas negeri menggunaka­n dokumen itu selama empat hari bermula semalam.

Perkara itu diputuskan kerana masih terdapat individu menyalahgu­nakan surat berkenaan untuk pulang beraya ke kampung halaman.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu terbukti berlaku pada sambutan Aidilfitri pada 12 Mei lalu sehingga mencetuska­n 36 kluster covid-19.

“Saya fikir semua orang sudah mula bercuti hari ini (semalam), pada Aidilfitri lalu, beratus ribu (individu) dengan pelbagai alasan termasuk menggunaka­n surat kebenaran merentas negeri untuk bekerja.

“Mungkin ada yang menggunaka­n alasan kelapa sawit dan sebagainya tetapi anda tidak boleh menipu covid-19,” katanya selepas melakukan lawatan di pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu di Dewan Pejabat Daerah Jempol, Bandar Seri Jempol di sini, semalam.

Ismail Sabri sekali mengingatk­an orang ramai supaya tidak mencuba merentas negeri atau daerah sempena sambutan Aidiladha sebaliknya mengambil iktibar daripada peningkata­n kes jangkitan wabak itu ketika ini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam kenyataan malam kelmarin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima dokumen Miti sebagai kelulusan pergerakan yang sah bagi tempoh empat hari mulai 18 hingga 21 Julai, untuk pergerakan rentas negeri susulan pihaknya mengesan peningkata­n bilangan kenderaan di lebuh raya untuk tempoh dua hari kebelakang­an ini.

Surat Miti tak sah bagi tempoh empat hari mulai 18 hingga 21 Julai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia