Harian Metro

ATM sedia tambah 4 hospital medan

-

Jempol: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam keadaan bersiap sedia membuka empat lagi hospital medan bagi merawat pesakit Covid-19 sebaik menerima permohonan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ATM ketika ini sudah mendapatka­n seramai 30 doktor kontrak dan 100 petugas paramedik yang bersiap sedia bertugas di hospital medan berkenaan.

Bagaimanap­un katanya, permohonan pembukaan hospital medan berkenaan bergantung kepada permohonan dari Kementeria­n Kesihatan Malaysia ( KKM).

“Sekiranya KKM merasakan perlu hospital medan, kita akan buka dan kali terakhir hospital medan dibuka adalah di Labuan serta hospital medan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan bagi memberi sokongan merawat pesakit Covid-19 dari Hospital Klang.

“Ketika ini pihak kami belum lagi menerima permohonan bagi pembukaan hospital medan di kawasan atau negeri tertentu.

“ATM juga sudah menggerak aset miliknya bagi membantu mengurus jenazah Covid-19 selesai keperluan dalam menangani pandemik Covid-19,” katanya selepas mengadakan tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu di Pejabat Daerah dan Tanah Jempol di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang juga Ahli Parlimen Jempol Datuk Mohd Salim Mohd Sharif.

Ismail berkata, ketika ini terdapat tujuh hospital medan yang dibuka ATM bagi membantu merawat pesakit Covid-19.

Ketika ini pihak kami belum lagi menerima permohonan Ismail Sabri

 ??  ?? ATM sebelum ini sudah membuka beberapa hospital medan bagi membantu KKM.
ATM sebelum ini sudah membuka beberapa hospital medan bagi membantu KKM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia