Harian Metro

Bilik hotel bayar ikut mampu

Bantu musafir, pelajar, petugas barisan hadapan dan individu perlukan tempat tinggal sementara

- Oleh Redzuan Muharam redzuan.muharam@hmetro.com.my.

Bayar sekadar mampu (BSM) konsep diketengah­kan program Rumah Prihatin@Grand Seasons dalam membantu musafir, pelajar, petugas barisan hadapan dan individu yang memerlukan tempat tinggal sementara.

Penyediaan kemudahan dikenali ‘Bilik Penginapan Prihatin’ (BPP) itu terletak di Hotel Grand Seasons yang menjadi lokasi penganjura­n program Rumah Prihatin.

Pengarah Pentadbira­n dan Program Rumah Prihatin@Grand Seasons, Datin Ida Harlina Ikhwan Nasir berkata, bilik penginapan sementara itu satu daripada enam komponen di bawah inisiatif program anjuran Kementeria­n Wilayah Persekutua­n (KWP), agensi di bawahnya dan Yayasan Wilayah Persekutua­n (YWP).

Katanya, Rumah Prihatin@Grand Seasons juga hasil cetusan idea Menteri Wilayah Persekutua­n, Tan Sri Annuar Musa hasil perbincang­an serta persetujua­n pihak pengurusan hotel.

“Program ini ilham beliau (Tan Sri Annuar Musa) kerana prihatin dan keinginann­ya menyantuni rakyat khususnya di sekitar Lembah Klang yang berdepan cabaran kesan pandemik Covid-19.

“Satu inisiatifn­ya BPP yang disediakan sebagai transit buat golongan yang memerlukan.

“Bilik penginapan ini berkonsepk­an mampu bayar bermula dari RM30 sehari, tetapi hanya boleh menginap selama tiga hari saja,” katanya ketika ditemui di Hotel Grand Seasons, di sini.

“Bagaimanap­un, tempoh dibenarkan menginap tetap sama iaitu tiga hari sahaja.

“Setakat petang Sabtu, kita sudah menerima kemasukan 13 petugas barisan hadapan dan belum ramai menginap lagi di sini mungkin kerana operasi baru bermula

Khamis lalu, tetapi kita mengalukan lagi kehadiran mereka yang memerlukan.

“Terdapat 300 bilik penginapan tersedia bagi golongan musafir, pekerja barisan hadapan atau mana-mana pihak yang memerlukan tempat penginapan sementara dengan 74 daripadany­a sudah disiapkan oleh Pulse Grande Hotel (PGH) dengan bantuan sukarelawa­n Wilayah Prihatin atau Prihatin Volunteer (PriVo),” katanya.

Sementara itu, Ida Harlina berkata, lima inisiatif lain turut digerakkan sejak pelancaran Rumah Prihatin@Grand Seasons Khamis lalu.

Katanya, antaranya inisiatif Dapur Prihatin yang menyediaka­n pek makanan percuma untuk golongan fakir miskin, gelandanga­n, petugas barisan hadapan, sukarelawa­n, musafir dan mereka yang tidak berkemampu­an.

“Selain itu, kita juga mengembang­kan khidmat Food Bank iaitu sumbangan makanan kering kepada golongan rentan bandar yang memerlukan melalui MPP dan sumbangan daripada badan korporat, NGO dan lain-lain sangat dialu-alukan.

“Di sini kita juga menempatka­n Pusat Gerakan Jejak Prihatin atau One Stop Centre untuk menerima sebarang makluman berkenaan golongan miskin bandar agar sukarelawa­n PriVo, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutua­n (MPPWP) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) turun ke padang menyantuni kumpulan sasar supaya bantuan yang diperlukan dapat dikenal pasti dan dibantu sewajarnya.

“Satu lagi inisiatif adalah Khidmat Kesihatan Mental Prihatin iaitu khidmat kaunseling profesiona­l pesakit luar outpatient kepada individu, keluarga atau kelompok yang memerlukan sokongan emosi.

“Tidak ketinggala­n inisiatif Khidmat Vaksinasi Prihatin terbuka kepada warga emas 60 tahun ke atas, golongan kurang upaya, peniaga, penjaja dan gelandanga­n,” katanya.

 ??  ?? BILIK rawatan kaunseling ditawarkan secara percuma di Rumah Prihatin di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur. Gambar kecil, Ida Harlina. STR/ AZIAH AZMEE
BILIK rawatan kaunseling ditawarkan secara percuma di Rumah Prihatin di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur. Gambar kecil, Ida Harlina. STR/ AZIAH AZMEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia