Harian Metro

‘Seronok pula terbabit projek kumpul pahala’

-

Kuala Lumpur: “Sebelum ini, tugas saya lebih kepada membantu syarikat menjana keuntungan, tetapi kini lebih seronok mengumpul pahala dengan melakukan kerja ke arah kebajikan,” kata Eksekutif Cef Pulse Grande Hotel (PGH), Hairy Ismail A Rahman.

Hairy Ismail, 44, adalah seorang daripada individu yang terbabit dalam inisiatif Dapur Prihatin di bawah Rumah Prihatin@Grand Seasons di Hotel Grand Seasons, di sini.

Katanya, kesempatan turut serta dalam program itu adalah peluang keemasan untuknya menimba pengalaman baharu selepas 20 tahun dalam sektor perhotelan dan kulinari.

“Dengan keadaan sekarang, ramai yang memerlukan, jadi sangat seronok apabila dapat membantu terbabit menjayakan program ini.

“Syarikat ada anjurkan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) seperti sumbangan makanan, pakaian dan derma untuk anak yatim.

“Bagaimanap­un, ia tidak sama dan sehebat penganjura­n program ini,” katanya ketika ditemui di Hotel

Grand Seasons, di sini.

Berkongsi peranannya di Dapur Prihatin, bapa dua anak itu berkata, tugasnya adalah menyediaka­n menu harian selain memantau perbelanja­an bahan untuk penyediaan makanan.

Menurut Hairy Ismail, dia tidak berseorang­an, tetapi dibantu 15 individu iaitu lima cef dari PGH dan 10 sukarelawa­n Wilayah Prihatin atau Prihatin Volunteer

(PriVo).

“Tugas saya di sini bermula sejak hari pelancaran Rumah Prihatin@Grand Seasons iaitu pada Khamis lalu.

“Setiap hari, 1,000 pek makanan perlu disediakan bagi diagihkan kepada golongan memerlukan, petugas barisan hadapan dan sukarelawa­n di sini,” katanya.

Biarpun sektor perhotelan terjejas akibat Covid-19, Hairy Ismail yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka mengakui bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan dan pendapatan bulanan bagi menyara keluarga.

“Memang terkesan, tetapi sekurang-kurangnya saya masih ada kerja, tetapi tidak bagi segelintir individu di luar sana.

“Hendak bantu di hospital tiada pengalaman jadi saya sumbangkan kemahiran dan kepakaran serta menjadi sebahagian petugas barisan hadapan di sini,” katanya yang mula menceburi bidang perhotelan dengan menjadi pembantu dapur.

Hairy Ismail berkata, dia berharap hotel kebajikan seperti Rumah Prihatin@Grand Seasons ini diwujudkan cawanganny­a di setiap negeri.

“Ia juga tidak seharusnya terhenti di sini, tetapi wajar diteruskan selepas pandemik dalam membantu lebih ramai masyarakat memerlukan,” katanya.

Dapur Prihatin salah satu daripada enam inisiatif di bawah program Rumah Prihatin@Grand Seasons.

Program itu dirasmikan Menteri Wilayah Persekutua­n, Tan Sri Annuar Musa pada Khamis lalu dalam usaha menyantuni rakyat terkesan yang menetap di sekitar Wilayah Persekutua­n.

 ??  ?? HAIRY Ismail (kiri) memantau penolong dapur yang turut serta dalam program Rumah Prihatin di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.
HAIRY Ismail (kiri) memantau penolong dapur yang turut serta dalam program Rumah Prihatin di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia