Harian Metro

Tiga direman enam hari

Ibu bersama kekasih, penjaga ditahan bantu siasatan kes dera dua kanak-kanak

- Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor am@hmetro.com.my

Tiga individu termasuk ibu kandung dan teman lelaki serta seorang penjaga direman enam hari bermula semalam untuk membantu siasatan kes dua kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun yang dipercayai didera.

Perintah tahanan reman dikeluarka­n Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan, di Mahkamah Majistret Selayang, di sini, semalam.

Majistret kemudian membenarka­n ketiga-tiga suspek direman enam hari hingga 23 Julai ini untuk membantu siasatan.

Terdahulu, wanita terbabit bersama teman lelakinya masing-masing berusia 22 tahun dan penjaga lelaki, 35, dibawa ke mahkamah pada jam 10.10 pagi.

Ketiga-tiga suspek dibawa dengan tangan bergari dan berpakaian lokap berwarna oren dan dikawal ketat anggota polis.

Terdahulu, polis menahan pasangan kekasih dan seorang lelaki dipercayai penjaga kepada kanak-kanak berkenaan pada jam 9.30 malam kelmarin.

Ketiga-tiganya ditahan di sekitar kawasan Taman Samudera bagi membantu siasatan.

Tangkapan itu susulan penemuan kanak-kanak perempuan berusia dua dan tiga tahun dalam keadaan terabai dengan kesan lebam di tangan, kaki, pipi dan dagu di tepi jalan.

Kanak-kanak berkenaan ditemui orang awam jam 1 tengah hari yang melihat mangsa bermain di kawasan itu tanpa pengawasan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 1 tengah hari.

“Kanak-kanak itu ditemui tidak terurus. Pemeriksaa­n fizikal kedua-dua mangsa mendapati ada kesan calar dan lebam pada tangan, kaki, pipi dan dagu sebelum dihantar untuk pemeriksaa­n di Hospital Selayang.

“Siasatan dijalankan mendapati kedua-dua mangsa tinggal bersama ibu kandung dan teman lelaki ibunya di sebuah rumah sewa di di Taman Samudera, Batu Caves,” katanya.

 ??  ?? SEORANG wanita, teman lelakinya dan penjaga lelaki yang didakwa mendera kanak-kanak berusia dua serta tiga tahun direman enam hari bagi membantu siasatan selepas dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang, semalam.
SEORANG wanita, teman lelakinya dan penjaga lelaki yang didakwa mendera kanak-kanak berusia dua serta tiga tahun direman enam hari bagi membantu siasatan selepas dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia