Harian Metro

Curiga penggera berbunyi

-

Sungai Petani:

Tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam cubaan memecah masuk sebuah kilang kitar semula di kawasan perindustr­ian Bakar Arang di sini, Khamis lalu ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kesemua mereka ditahan di sekitar daerah ini kira-kira jam 3 pagi.

Menurutnya, pemilik kilang berusia 25 tahun itu mengesyaki sesuatu mencurigak­an selepas penggera melalui telefon bimbitnya berbunyi jam 5.30 pagi.

Katanya, selepas melihat kamera rakaman litar tertutup (CCTV) pada telefon bimbitnya terdapat seorang lelaki dilihat menceroboh masuk dalam kawasan kilangnya dan cuba memecahkan pintu premis itu.

“Sejurus melihat CCTV, dia terus menghubung­i pekerjanya dan mengarahka­n segera ke kilang terbabit.

“Pengadu tiba di kilangnya jam 5.45 pagi dan seorang lelaki yang berada di atas motosikal di luar kilang terus melarikan diri sebaik melihat pemilik premis itu.

“Suspek yang berada dalam kilang itu juga cuba melarikan diri dengan melompat pagar kilang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Adzli berkata, pada masa sama pemilik kilang itu bersama pekerjanya mengejar suspek sejauh 500 meter dan berjaya menahannya. Beliau berkata, rakan suspek kemudian datang membantu hingga berlaku pergelutan menyebabka­n kedua-dua lelaki terbabit berjaya melarikan diri. “Pemilik kilang itu mengalami luka serta lebam ketika bergelut dan rakan suspek juga dipercayai menggunaka­n kayu ketika pergelutan itu,” katanya.

Adzli berkata, hasil siasatan mendapati kilang itu tidak beroperasi sejak Mei lalu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun kilang itu tidak berada di bawah zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD).

“Hasil pemeriksaa­n mendapati tiada barangan didapati hilang dari kilang berkenaan,” katanya.

Adzli berkata, berdasarka­n rekod semua suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah dan dadah.

Katanya, dua suspek direman empat hari, manakala seorang lagi direman enam hari untuk membantu siasatan.

Tiga lelaki ditahan cuba pecah masuk kilang kitar semula

 ??  ?? KILANG kitar semula yang cuba dipecah masuk tiga suspek di kawasan perindustr­in Bakar Arang, Khamis lalu. - Gambar NSTP/ Ihsan PDRM
KILANG kitar semula yang cuba dipecah masuk tiga suspek di kawasan perindustr­in Bakar Arang, Khamis lalu. - Gambar NSTP/ Ihsan PDRM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia