Harian Metro

Lega buang benda 26 tahun

Aru Peruzza potong gaya dreadlock selepas tiada tawaran menyanyi

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro.com.my

Selepas 26 tahun menyimpan rambut panjang gaya dreadlock hingga paras buku lali, penyanyi Aru Peruzza, 56, tidak menyesal apabila membuat keputusan memotongny­a, kelmarin.

Aru atau nama sebenarnya Piruzzaman Azizan yang cukup dikenali menerusi kumpulan Koffin Kanser dan Republic Of Brickfield­s berkata, keputusan itu dibuat kerana tiada tawaran menyanyi.

“Sudah lebih setahun satu tawaran persembaha­n pun tiada. Saya sekarang hanya termenung di rumah. Daripada serabut fikir, saya buang mana-mana yang ada pada saya.

“Saya melalui kehidupan baharu yang segar sekarang. Rasa lega dapat buang benda lama. Bayangkan 26 tahun rambut ini bersama saya. Panjangnya lebih dua meter!

“Jadi susah senang dengan saya dan beban itu pun dia tanggung. Rambut baharu saya sekarang hanya paras dada,” katanya.

Aru menganggap apa yang dilakukann­ya satu penghijrah­an dan dia kini boleh melakukan benda baharu dalam hidup.

Aru berkata, dia menyimpan rambut begitu untuk kerjaya seninya.

“Orang seni ada unsur eksentrik, artistik dan seperti kanvas kehidupan. Orang tengok saya pun sebagai satu kerja seni atau artwork.

“Walaupun tak menyanyi, imej saya jadi nilai seni untuk

Walaupun tak menyanyi, imej saya jadi nilai seni untuk orang tengok. Namun, apabila semua aktiviti tak boleh jalan sekarang, ia jadi beban”

orang tengok. Namun, apabila semua aktiviti tak boleh jalan sekarang, ia jadi beban.

“Sebenarnya sejak enam atau tujuh tahun dulu saya sudah terfikir untuk melakukann­ya. Jadi, kelmarin masa tepat untuk saya potong,” katanya yang memotong sendiri rambutnya.

Aru berkata, bapanya turut bertanya kenapa dia memotong rambut sedangkan selama ini dia yang bertanya bila Aru mahu memotong rambut.

“Apabila sudah potong, lain pula jadinya,” katanya.

Aru berkata, dia tidak pernah ambil peduli pandangan masyarakat terhadapny­a selama ini dan memohon Allah menerima amalannya.

Aru Peruzza

 ??  ?? ARU menunjukka­n rambut sepanjang lebih dua meter yang disimpan selama 26 tahun.
ARU menunjukka­n rambut sepanjang lebih dua meter yang disimpan selama 26 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia