Harian Metro

Nak rantai tapi ‘tertarik’ kolar

Dua suspek kes ragut mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah dan dadah

- Oleh Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

Polis menahan dua lelaki yang terbabit dalam kes ragut di sebuah kondominiu­m di Jalan Midah 8, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfield­s Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, penahanan kedua-dua suspek berusia 25 tahun susulan kejadian kes cubaan ragut pada jam 1.08 tengah hari, 10 Julai lalu, di stesen minyak di Taman Desa, di sini.

Menurutnya, mangsa lelaki berusia 38 tahun ketika kejadian, sedang mengisi angin tayar kereta sebelum didatangi dua suspek yang menunggang dua motosikal.

“Seorang suspek tanpa turun dari motosikal cuba meragut rantai lehernya, tetapi tidak berjaya disebabkan suspek tertarik kolar baju yang mangsa pakai sebelum dia melarikan diri.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kerugian dan kecederaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Anuar berkata, hasil semakan menerusi kamera litar tertutup di lokasi kejadian mendapati tiga motosikal dinaiki tiga lelaki dilihat berlegar-legar di sekitar kawasan stesen minyak berkenaan sebelum dua daripadany­a cuba meragut rantai leher mangsa.

“Hasil risikan lanjut, pada jam 1.30 pagi, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield­s menahan mereka di kondominiu­m itu.

“Dalam serbuan ini, polis merampas tiga motosikal, topi keledar, telefon bimbit, pakaian dan beg galas,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek yang ditangkap mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah dan dadah.

“Polis sedang mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ketika kejadian mangsa sedang mengisi angin tayar kereta

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia