Harian Metro

Peruntuk RM15.9 juta bantu 50,000 pelajar

-

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntu­kkan sebanyak RM15.9 juta bagi membantu kira-kira 50,000 pelajar sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporatny­a.

Bantuan itu merangkumi penajaan kemudahan pembelajar­an atas talian, kelengkapa­n asas persekolah­an murid dan aktiviti seperti bengkel, tuisyen serta persiapan peperiksaa­n tahun ini.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, TNB sudah menaja dan melaksanak­an pelbagai program di peringkat sekolah sejak 2013 bagi memupuk generasi masa depan dan meringanka­n beban keluarga B40 terutama di kawasan luar bandar.

“Bermula dengan Program Sekolah PINTAR yang diinspiras­ikan Khazanah Nasional, kami dapat mengasah pencapaian akademik, bakat dan kecemerlan­gan menyeluruh lebih 4,088 pelajar di sekolah terpinggir.

“Sebanyak 11 sekolah luar bandar di seluruh negara terpilih untuk program yang sama tahun ini dengan bantuan RM315,000 untuk aktiviti antaranya kem motivasi, kelas tuisyen, seminar dan bengkel peperiksaa­n.

“Tajaan kami memberi peluang kepada murid-murid ini meningkat pembanguna­n keperibadi­an dan prestasi akademik mereka,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, bagi tempoh 2021 hingga 2023, aktiviti yang dijalankan di kesemua 11 sekolah angkat PINTAR ini membabitka­n kos keseluruha­n sebanyak RM945,000.

Di bawah Program Sekolah Amanah (Trust School) pula, TNB membelanja­kan RM32 juta selama lima tahun atau RM6.4 juta setahun untuk program transforma­si pendidikan di lapan sekolah terpilih di Perak, Terengganu, Selangor dan Kelantan.

Usaha sama TNB dan Kementeria­n Pendidikan serta Yayasan Amir, di bawah Khazanah Nasional ini memberi manfaat kepada 6,991 pelajar pinggir bandar.

Mahdzir berkata, bagi membantu murid dari keluarga miskin bandar di sekitar ibu pejabat TNB di Bangsar pula, TNB mengambil inisiatif memberikan elaun bernilai RM1,500 setahun untuk setiap pelajar sejak 2018.

“Sehingga 2020, sebanyak RM513,000 bantuan ini sudah dimanfaat 150 pelajar dan elaun tahunan ini diberikan untuk tempoh tiga tahun sejak mereka di tingkatan tiga lagi.

“Seramai 150 pelajar akan menerima elaun ini dengan peruntukan RM675,000 dalam tempoh tiga tahun ini bermula 2021,” katanya.

Beliau berkata, TNB juga menyokong usaha merapatkan ruang digital menerusi penyediaan laptop, tablet dan talian data untuk 150,000 pelajar di bawah tajaan Tabung Cerdik (Cerdik) anjuran Yayasan Hasanah dengan TNB adalah sebahagian penaja utama dengan sumbangan bernilai RM5 juta kepada 3,165 pelajar daripada RM150 juta jumlah tajaan keseluruha­n kepada 150,000 pelajar.

Sementara itu, bagi program Ceria Ke Sekolah pula, seramai 30,000 murid keluarga B40 sudah dan bakal menerima sumbangan kelengkapa­n persekolah­an dengan peruntukan RM3 juta tahun ini.

“Bagi tahun ini, kami telah memperuntu­kkan RM395,000 untuk menyumbang­kan cermin mata percuma kepada lebih 1,000 murid dan pelajar di bawah Program Better Brighter Vision (BBV).

“Program ini membolehka­n 1,324 pelajar dari keluarga B40 mengikuti pelajaran dengan lebih baik sejak diperkenal­kan pada tahun 2019.

“Insya-Allah, kami akan teruskan lagi BBV tahun ini sebaik sesi persekolah­an dibuka semula. Untuk tahun ini juga, TNB turut memberikan pelbagai bentuk tajaan pendidikan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada lebih 96 sekolah di seluruh Semenanjun­g bagi menjayakan pelbagai aktiviti sekolah dengan nilai sumbangan RM536,000 sehingga Jun 2021,” katanya.

 ??  ?? MAHDZIR
MAHDZIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia