Harian Metro

Impi sertai paralimpik

Pelajar wanita kudung sebelah tangan berjaya tamat latihan asas Seni Silat Cekak

- Oleh Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

“Saya tahu tidak mudah bagi orang kurang upaya (OKU) belajar silat, tetapi sekurang-kurangnya saya mencuba,” kata Nurhidayu Abd Rahman, 23.

Keazamanny­a mendorong penuntut Ijazah Sarjana Muda Sastera (Geografi) Universiti Sains Malaysia (USM) itu berjaya menamatkan latihan asas Seni Silat Cekak baru-baru ini.

Nurhidayu berkata, dia yang kudung tangan kanan sejak lahir memang meminati seni mempertaha­nkan diri ketika di bangku sekolah rendah lagi.

Anak kelahiran Pantai Remis, Perak itu berkata, sebelum ini dia tidak yakin dengan kemampuan diri selain malu hendak mengambil peluang bagi menyertai mana-mana seni mempertaha­nkan diri.

“Ketika di semester pertama USM, ada rakan yang mengajak saya menyertai Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) kerana dia tahu minat saya terhadap seni mempertaha­nkan diri.

“Pada awalnya saya bimbang penyertaan itu akan memberi kesan kepada rakan lain namun tidak menyangka mereka sangat membantu, begitu juga jurulatih,” katanya ketika ditemui di USM.

Menurut Nurhidayu, pada mulanya dia berasa sukar hendak mempelajar­i langkah silat yang diajar terutama yang memerlukan kekuatan tangan dan mengambil masa bagi mengikut rentaknya.

Katanya, selepas tamat latihan asas itu, anak sulung daripada tiga beradik ini sudah mula memasang impian mahu menyertai pertanding­an atau acara seni mempertaha­nkan diri kategori paralimpik.

“Ibu juga pada mulanya terkejut, namun akhirnya akur dengan minat saya cuma dia berpesan supaya melakukann­ya dengan bersungguh, bukan hanya sekerat jalan.

“Banyak yang saya pelajari selama tiga tahun menyertai seni silat ini selain dapat membentuk keyakinan diri dan kepada rakan OKU, jangan merendah diri kerana kita mampu dan perlu mencuba,” katanya lagi.

Sementara itu, Penasihat

PSSCM USM yang juga jurulatih, Prof Madya Dr Abdul Hafiz Ab Majid berkata, seni silat berkenaan sesuai dipelajari golongan OKU berikutan langkah pergerakan­nya yang mudah.

“Saya gembira melihat Nurhidayu yang kini tampak lebih yakin dan berani mencuba berbanding awal penyertaan­nya.

“Terdapat kira-kira 300 ahli PSSCM USM dan hanya Nurhidayu berstatus penuntut istimewa,” katanya.

“Banyak saya pelajari selama tiga tahun sertai seni silat Nurhidayu

 ??  ?? NURHIDAYU memasang impian mahu menyertai pertanding­an atau acara seni mempertaha­nkan diri kategori paralimpik.
NURHIDAYU memasang impian mahu menyertai pertanding­an atau acara seni mempertaha­nkan diri kategori paralimpik.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia