Harian Metro

‘Kami hilang segalanya’

15 rumah, 5 kereta musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru

- Oleh Juwan Riduan am@hmetro.com.my

“Kami sedih, sebelum ini kami terpaksa mengharapk­an bantuan makanan kerana tidak dapat bekerja disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tapi kini, kami hilang segala-galanya, bukan saja tempat tinggal, tetapi juga harta benda termasuk pakaian langsung tidak dapat diselamatk­an,” kata Sani Sedong, 24.

Dia dan keluargany­a terselamat dalam kebakaran 15 rumah di Kampung Tanjung Aru Baru di sini, kira-kira jam 4 pagi, semalam.

Menurut Sani, dia sedar berlaku kebakaran itu apabila mendengar bunyi letupan kuat dari luar rumah, sebelum melihat rumah jirannya sudah terbakar.

“Saya terus menjerit dan kejutkan ibu, bapa dan adik-adik dan sepupu yang berada di dalam rumah untuk bangun menyelamat­kan diri masing-masing.

“Api merebak terlalu pantas sehinggaka­n tiada sebarang dokumen atau harta benda dapat diselamatk­an,” katanya yang memberitah­u dia sedang bermain permainan video sambil menggunaka­n fon kepala ketika kebakaran itu.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Juldin Jun, 18, berkata, mereka sekeluarga terjaga daripada tidur selepas mendengar bunyi letupan dan jeritan di luar rumah.

“Api sudah merebak hampir ke rumah saya ketika itu, dan lebih menakutkan apabila dua kereta yang berada beberapa meter dari rumah juga meletup dan terbakar.

“Kami hanya fikir untuk menyelamat­kan diri. Walaupun sedih, tetapi saya bersyukur kerana semua selamat,” katanya.

Dalam kejadian itu, sebanyak 15 rumah dan lima kereta musnah terbakar.

Bagaimanap­un, tiada sebarang kecederaan ataupun kemalangan jiwa dilaporkan.

Ia adalah kejadian ketiga berlaku dalam tempoh singkat di kampung itu, yang mengakibat­kan 33 rumah musnah pada 25 Mei lalu manakala 10 rumah lagi pada 6 Julai lalu.

Api merebak terlalu pantas sehinggaka­n tiada sebarang dokumen atau harta benda dapat diselamatk­an”

Sani Sedong

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengawal api daripada merebak dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru.
ANGGOTA bomba mengawal api daripada merebak dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru.
 ??  ?? SANI (kiri) bersama Juldin melihat rumah mereka yang musnah dalam kebakaran.
SANI (kiri) bersama Juldin melihat rumah mereka yang musnah dalam kebakaran.
 ??  ?? MANGSA kebakaran mengangkut bakul pakaian yang berjaya diselamatk­an.
MANGSA kebakaran mengangkut bakul pakaian yang berjaya diselamatk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia