Harian Metro

Isi masa luang baiki taranum

Busker cacat penglihata­n terputus sumber rezeki sejak PKP 3.0 tambah ilmu bacaan al-Quran

- Oleh Nazri Abu Bakar

Hidup sendirian dalam keadaan cacat penglihata­n ternyata mencabar bagi Muhammad Rahmat Abdullah, 30, yang perlu mengurus diri termasuk memasak dan membasuh pakaian.

Namun semua itu mampu dilakukann­ya bersendiri­an sepanjang tinggal menyewa rumah pangsapuri di Kampung Padang di sini, sejak lebih empat bulan lalu.

Bagaimanap­un Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menyebabka­n dia tidak boleh keluar bekerja sebagai seniman jalanan.

“Namun saya bersyukur ada pihak yang sudi menghantar bantuan makanan ke rumah dalam tempoh berkenaan.

“Susulan tidak dapat keluar bekerja, saya menghabisk­an masa dengan mengaji al-Quran Braille di rumah. Justeru kesempatan ini juga membolehka­n saya memperbaik­i bacaan,” katanya yang aktif menyertai pertanding­an tilawah sejak berusia 10 tahun.

Menurutnya, masa terluang digunakan untuk mendalami bacaan sempurna al-Quran selain menggunaka­n kaedah mengalunka­n taranum.

“Ini sekali gus turut membantu memantapka­n persembaha­n saya sebagai busker yang diselitkan dengan bacaan taranum.

“Tidak banyak perkara dapat saya dilakukan atas faktor keterbatas­an pergerakan dan bersendiri­an. Malah saya sekadar memasak menu mudah seperti nasi goreng dan sesekali pergi ke kedai membeli ikan dan sayur-sayuran,” katanya.

Baginya, dia perlu melalui situasi ketika ini dengan tenang walaupun mengakui tertekan kerana tidak dapat mencari rezeki.

Katanya, dia perlu membayar sewa rumah sebanyak RM150 sebulan tidak termasuk bayaran bil elektrik dan air.

Orang ramai yang ingin membantuny­a boleh menyalurka­n sumbangan menerusi akuan Muhammad Rahmat Abdullah di nombor 1401402372­1957 (Bank Islam).

Jelasnya, selagi mampu berusaha dia tetap akan bekerja dan berdikari.

 ??  ?? MUHAMMAD mengisi masa dengan membaca al-Quran Braille di rumahnya sepanjang PKP. Muhammad sebelum Covid-19 mencari rezeki sebagai busker.
MUHAMMAD mengisi masa dengan membaca al-Quran Braille di rumahnya sepanjang PKP. Muhammad sebelum Covid-19 mencari rezeki sebagai busker.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia