Harian Metro

Terjun laut elak ditahan

APMM tahan 2 bot, 13 nelayan warga Vietnam curi hasil laut bernilai RM3 juta

- Oleh Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Beberapa nelayan warga Vietnam nekad terjun ke dalam laut bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) selepas kegiatan mereka menceroboh dan mencuri hasil laut di perairan negara disedari pihak berkuasa, kelmarin.

Bagaimanap­un, tindakan pantas anggota APMM mematahkan cubaan mereka sebelum 13 nelayan bersama dua bot ditahan bersama rampasan bernilai

RM3 juta.

Kedua-dua bot itu ditahan Kapal Maritim (KM) Gemia pada jarak antara 108 hingga 112 batu nautika dari Kuala Terengganu antara jam 9 hingga 10 pagi.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, KM Gemia yang melaksanak­an Op Kuda

Laut menerima maklumat daripada Pusat Operasi Maritim Terengganu (PUSOP) berkaitan kehadiran bot mencurigak­an di sekitar sempadan perairan negara.

Beliau berkata, bot dipercayai nelayan Vietnam itu disyaki melakukan penangkapa­n hasil laut di perairan negara tanpa kebenaran sebelum KM Gemia digerakkan ke lokasi untuk membuat pemantauan. “Pemeriksaa­n mendapati terdapat dua bot Vietnam di lokasi berkenaan dan beberapa nelayan cuba melarikan diri dengan terjun ke laut sebaik menyedari kehadiran anggota.

“Bagaimanap­un, cubaan itu dipatahkan anggota KM Gemia yang menyelamat­kan mereka naik ke atas kapal.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati bot berkenaan dikendalik­an 13 nelayan termasuk tekong berumur 22 hingga 41 tahun dan semua tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri sah.

“Kami turut merampas pelbagai hasil tangkapan laut, diesel dan peralatan ikan dianggarka­n bernilai RM3 juta sebelum bot dan nelayan dibawa ke Jeti Maritim Terengganu untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Bot berkenaan dikendalik­an 13 nelayan termasuk tekong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia