Harian Metro

Buka bank makanan mini depan rumah

-

Bermodalka­n kewangan sendiri, seorang suri rumah di Kampung Pasir Putih, dekat sini, mengambil inisiatif membuka bank makanan mini di hadapan rumahnya dalam usaha membantu golongan terjejas pendapatan akibat penularan Covid-19 memperoleh barangan keperluan harian.

Zurainee Kula, 48, berkata walaupun melihat usahanya itu hanya sumbangan kecil kepada masyarakat namun percaya ia bermakna buat pihak yang memerlukan.

Menurutnya, bank makanan mini itu tidak dibuka setiap hari dan baru beroperasi empat kali sejak 13 Julai.

“Awalnya saya dan keluarga membuka khemah dan hanya barangan keperluan asas yang diperlukan sahaja boleh diambil.

“Bagaimanap­un, situasi menjadi tidak terkawal apabila saya mula muat naik berkaitan bank makanan mini ini di Facebook peribadi.

“Oleh itu, kami terpaksa mengubah konsep bantuan dengan memberikan bakul makanan dan perlu mengambil kupon bagi mengelakka­n kekeliruan ketika penyerahan,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a, di sini, baru-baru ini.

Ibu kepada tujuh cahaya itu berkata dia sekeluarga pada mulanya hanya mampu menyediaka­n 20 bakul makanan sahaja namun semakin ramai ahli keluarga serta rakan terdekat turut serta menyalurka­n sumbangan selepas mengetahui pendekatan­nya itu.

Zurainee berkata dia bersyukur dan tidak menyangka usaha yang pada awalnya dilihat kecil mampu menarik perhatian ramai pihak untuk turut serta membantu golongan memerlukan ketika ini.

Dalam pada itu, Zurainee menyatakan dia sudah mendapatka­n kebenaran daripada pihak polis serta Majlis Daerah Putatan ketika permulaan bank makanan berkenaan dibuka bagi mengelakka­n berlaku sebarang rungutan.

 ??  ?? ORANG ramai beratur, memakai pelitup muka dan melakukan imbasan kod QR ketika hadir mengambil barangan keperluan harian yang diperlukan.
ORANG ramai beratur, memakai pelitup muka dan melakukan imbasan kod QR ketika hadir mengambil barangan keperluan harian yang diperlukan.
 ??  ?? ZURAINEE membuka bank makanan mini di hadapan rumahnya di Kampung Pasir Putih, Putatan dalam usaha membantu golongan terjejas pendapatan akibat penularan Covid-19.
ZURAINEE membuka bank makanan mini di hadapan rumahnya di Kampung Pasir Putih, Putatan dalam usaha membantu golongan terjejas pendapatan akibat penularan Covid-19.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia