Harian Metro

Kepentinga­n pendeposit terpelihar­a, ditambah baik

-

Tabung Haji (TH) memberi jaminan kepentinga­n 8.3 juta pendeposit akan terus dipelihara.

Menerusi kenyataan media, TH menghargai pandangan yang diberikan bagi memastikan institusi pengurusan jemaah haji terus unggul.

Menurutnya, TH akan mengesyork­an hak mutlak pengurusan, dan operasi haji terus kekal bersama TH selain jaminan kerajaan ke atas deposit di TH mengikut Seksyen 24 Akta Tabung Haji 1995 terus kekal untuk kepentinga­n pendeposit.

“Selain itu, pembabitan TH dalam sektor ekonomi berdasarka­n tadbir urus, pengurusan dan operasi yang utuh dan membuat penambahba­ikan dari segi tadbir urus, pengurusan, operasi dan pelaburan untuk kepentinga­n pendeposit.

“TH akan bekerjasam­a dan terbabit dalam kajian Jabatan Perdana Menteri, Kementeria­n Kewangan dan Bank Negara Malaysia demi kepentinga­n pendeposit,” katanya semalam.

Katanya, cadangan penambahba­ikan operasi TH termasuk pelaksanaa­n Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) tidak akan mengganggu operasi dan urusan pendeposit.

Katanya, TH kini berada di landasan yang baik dengan kedudukan kewangan yang lebih kukuh dan stabil.

“Kerajaan mencadangk­an untuk menambah baik pengurusan dan operasi TH secara menyeluruh dan ini akan membabitka­n cadangan dasar model baharu operasi TH dan semakan pindaan Akta Tabung Haji 1995.

“Cadangan model baharu operasi TH akan diteliti secara bersama oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementeria­n Kewangan Malaysia, Bank Negara Malaysia dan TH.

“Aspek tadbir urus, integriti dan reputasi TH sebagai institusi simpanan kewangan Islam amat penting bagi memastikan keyakinan dan kepentinga­n orang ramai terjamin khususnya pendeposit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia